RahmatNya Dalam Hujan

Dari tengah hari sampai petang, dari petang sampai malam.Hujan tak berenti langsung, sat dia lebat sat dia slow then lebat balik.Yang aku pulak dok terjaga sat lena balik then terjaga pulak then tak lena terus.Aku mangkit awai sebab aku ni pesyen memang tak reti nak melayan tidoq lama².Orang lain kalau, depa syok la layan mata time ujan² macam ni.Aku tak suka, aku nanti keluaq melewaq merata sekali main ayaq ujan.Perangai budak² tu mesti ada haha, bangun terus pi jenguih kat tingkap, mak ai awan berkepoi² gelap.Tengok jam awai lagi, baru dalam pukoi 3 lebih macam tu tapi serupa hari dah nak malam, punya la gelap.Better aku siap awai ja la, dok pikiaq kalau ujan tak berenti ni lagumana aku nak redah pi keja? Dalam pukoi 5 lebih baru ujan dok mai slow, aku pun agak boleh rilek sat apa ka.Layan game dalam tipon sat, kena sebatang rokok dengan kopi secawan dulu.Kadang nak pi awai sangat pun terasa malaih nak hadap guest² kat hotel tu.Dok hotel pekak tapi demand macam², pala otak.Ingat ampa dok hotel 5 bintang ka? Dekat nak maghrib tu baru aku gerak, masa ni la aku sangkut.Elok baru nak start moto ja, tiba² kecebur ujan hentam lagi.Kali ni lagi lebat, aku sampai melompat² lari nak selamatkan diri dari kebasahan, mau tak mau kena lepak sat bawah flat.Nak redah ikut dan pun tak boleh, tengok la macamana dia punya lebat, aku sampai tak nampak yang ada keta kat depan jalan tu! Dah la dengan raincoat apa bana pun takdak.Syempoiii rahhh! Aku tak suka nak simpan macam² dalam moto, sebab area tempat yang aku dok ni area panas bang.Pulis dok keluaq masuk cari pusher, sungai pinang bhai.Tau saja la sini port apa, risau jugak kot depa selit barang dalam moto aku satgi tak pasai ja buta aku kena angkut.Dah la sini port ketom pun banyak, pening aku.Nyesai aku keluaq awai sebab dari maghrib aku punya dok tunggu ujan ni bila dia nak slow dekat dua jam ada la.Mau tak mau aku redah jugak, aku sebat plastik sapa tak tau la, koyak dan buat baju ujan then jalan buat bodo.Kerabat naik moto dan pecut buat tak reti sampai tempat keja, lantak ah.Basah pun basah la..

Sampai tempat keja muthu dah cekak pinggang depan pintu, kawan dok gelak tengok aku.Dengan baju plastik hitam yang terkoyak sana sini, basah lencun abeh semua.Kawan bising la kat aku pasai apa mai awai kalau dah tau ujan? Alaa macam tak biasa plak dia.Aku ni kan muka selalu nanti mai awai, lagipun aku ada marka kat sini yang aku nak kena jaga.😂Elok parking moto, aku perah baju seluaq semua sebab memang dah 100% kuyup.Muthu bagi tola kat aku suruh keringkan badan baru masuk hotel.Dah tu kat lobi penuh dengan manusia yang dok lepak, pakat dok tengok aku satu macam serupa nak telan orang, jadahnya depa ni? Tak penah tengok orang basah kuyup ka apa? Muthu ajaq aku lepak sat kat lobi belakang dekat lif, sebab dia pun tak boleh nak balik kalau gamak ujan tak berenti lagi.Sembang la kami dua dengan kepala aku yang dah terbalut siap dengan tola.Dalam dok sembang² tu muthu sua RM250 kat aku, aih? Apa ni? Katanya baki dari gaji bulan lepaih, bos suruh dia pass direct kat tangan aku.Finance lupa nak kira masuk dalam account bank, kalau macam ni suruh la depa lupa kerap sikit.Macam² la, heran aku.Memandangkan aku sampai lambat sikit, aku tanya kat muthu pasai si Y, dia dah balik ka? Muthu habaq dia balik awai dah dan tinggai kat aku makan dengan kopi dalam peti ais.Hmm, si Y ni pun aku tak suruh dia beli makan minum kat aku, dia jaga aku kuat sungguh.Untung la makan minum sakit pening aku ada jugak yang dok amek tau.Macamana aku boleh tersangkut dengan minah ni tak tau la, kadang lemaih perut jugak bila ada ja orang nak sibuk sangat jaga hal aku.Muthu ni lain sikit dia punya bond dengan aku, boleh kata kami ni rapat jugak la dari first day aku masuk keja sini.Paling selesa dan senang nak handle keja dengan dia, banyak benda yang aku belajaq.Kalau ada masalah, dia akan habaq awai².Bila aku mintak dia tolong cover atau standby sat, dia nanti mai tanpa banyak cakap lagipun rumah dia dekat ja dengan hotel, tu yang kawan tak gaduh apa, tu yang aku ni rajin masuk keja awai sebab enjoi dengan keja yang ada staf macam muthu.Tak payah nak pening² buat tu, buat ni, then tak kena sikit nak bising.Aku memang tak suka sangat orang bising² dan berkira dalam buat keja.Dah sama² satu department apa salah bagi kerjasama? Tapi aku kena bersikap professional la sebab keja kan, jadi buat la bodo saja walaupun dalam hati ni dah berapi tunggu nak meletup.Malaih nak bercerita bab co-worker  yang lain kat tempat keja ni, menyakitkan hati ja.

Apa yang best sangat sampai buat aku melekat keja sini siap dengan mai awai tiap hari? Sebab sini dah jadi macam rumah kedua aku dah pun.Walaupun ada monyet² yang menyakitkan hati, aku terpaksa la tahan pi sat dan bersikap professional.Tak perlu la kot sampai nak bertumbuk bagai walaupun pernah hampir² aku hempuk kepala supervisor aku sendiri tu dengan helmet, almost! Pasai apa? Biaq ja la hal tu, malaih aku nak cakap.Bila aku kena keja lebih masa, memang ada sampai aku tak balik rumah.Aku stay kat hotel ja tapi kena tengok sama pada keadaan.Kalau rasa nak stay, aku nanti usung sekali laptop aku dan baju sehelai dua.Makan minum pun si Y akan tolong beli, terkadang si M pun akan mai jugak nak lepak dengan aku kat lobi, tapi bahaya jugak la sebab satgi bertembung depa dua ni aku nanti kena gam tak pasai.Awai pagi ni, baru la nampak sikit ujan dah kurang walau ada tanda yang dia nak hentam lagi.Jangan dia turun time aku nak balik dah la, basah lagi la cerita dia nanti tapi harap² dak la lagipun hotel dah nak penuh asbab malam tadi ujan punya penangan, ramai yang extend stay sebab cuaca macam tak izinkan depa nak check out agaknya? Hotel kalau dah penuh senang la sikit keja aku, duduk kat kaunter nganga pesbuk, tengok video gusti apa ka, and of course update blog aku.Dah takdak keja yang nak buat, takkan nak memuta? Oh tidak bro, aku tak suka nak lena time keja kecuali ada hal² yang tak dapat aku nak elak.Memandangkan aku ni susah dan cukup seksa nak lena waktu malam sebab itu la aku apply keja kat sini sebagai seorang staf malam.Risiko keja malam? Ya banyak tapi pintu lobi depa dah buat auto lock so tak gaduh apa dah la kecuali bila ada guest nak masuk aku la yang kena bukak untuk monyet² ni semua, sebab sebelum ni memang ada kes nak menyamun tapi Allah dah tolong aku.Bukan sekali atau dua, tapi banyak attempt jugak la.Tapi benda tu tak melemahkan semangat aku untuk terus keja sebagai seorang night staf, Oi dah la, rasanya banyak sangat aku menulih hari ni ni, folio pun tak buat lagi.

-Chow!

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama