Nak Demam Eh?

Semalam time masuk keja aku steady lagi, macam biasa syif 11 - 7 memang aku akan sampai awai punya, dalam lima atau nam petang macam tu aku nanti ada dah terpacak kat depan pintu hotel.Paling gila aku stay terus kat hotel tak balik rumah! Lagipun cuaca dalam seminggu dua ni macam tak berapa nak cantik sebab dok ujan tiap hari.Tadi dalam tiga lebih, aku dok berasa badan aku ni satu macam, dia dok mai seram sejuk.Rasa macam nak demam ka apa? Dah la aircon ni dok elok tala kat muka aku.Nak off pun satgi bos bising sebab aircon bukak untuk guest padahal dok tala betoi² kat muka aku.Nasib aku bawak sweater ni, kalau dak memang nanti ketaq lutut semua abeh.Kepala dok mai sakit dah, mula mai pening² sikit.Dok rasa macam nak terbalik pun ada, aku dok harap pagi buta ni takdak orang yang nak mai nak check in, aku nak balik dan rehat.Badan dok mula buat signal dah lesu semacam.Harap jangan dia meragam dah la sebab aku kena OT esok.

Dua hari sudah aku redah ujan masa nak mai keja.Gila lebat jugak la, bawak moto sampai tak nampak jalan mat! Dia punya lebat tu boleh tahan jugak, angin pun kuat sampai moto pun boleh senget.Aku kasi koyak minyak full merempit dalam hujan.Nasib la, tu pun abeh awai yang boleh aku sampai dengan basah lencun but yang pastinya aku selamat sampai dengan lindunganNya.Gamaknya tu yang badan aku dah dok bagi tanda kot, dah la semalam pun aku redah ujan lagi.Tadi aku dah telan ubat siap², si Y yang belikan sebelum dia balik petang semalam, dia takpa la naik keta balik.So aku amek langkah awai kot la balik satgi dia mai rasa sakit ka apa ka, baik aku telan sebijik dua dulu.Ini pun memang dok rasa macam nak terlentang dah, badan dok mai ketaq sikit.Seluaq dok basah lagi ni tak kering lagi dari semalam, ni aku rasa balik satgi memang melayang terus cari bantai.Kepala dok berdenyut dah, nak hadap skrin monitor kat kaunter ni pun dah sakit mata, bila lama² aku aku dok tengok skrin ni dia tangkap kepala aku sampai berpinau mata.

-Kepala sakit tak boleh dah nak hadap pc lelama.

 



Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama