Aku pun tak tau apa yang tak kena dengan aku semalam, time abeh keja biasanya memang kena pi bank in duit sales hotel.Itu memang rutin tiap hari, lepaih bank in kena tulis report dan snap resit antaq kat hq, lepaih aku dah selesai settle semua keja, aku tak balik umah pun, padahal malam satgi aku keja sebaliknya aku keluaq melilau kat komta.Alang² dah sekali jalan, apa salahnya sekali sekala aku nak keluaq sorang? Entah apa aku cari? Entah apa aku pikiaq? Entah apa dalam kepala yang tiba² nak berjalan kat komta tu awai² pagi semalam? Apa gila aku ni tak tau la, barangkali aku rindu kot? Rindu dengan zaman masa muda remaja aku.Banyak kawan, banyak melepak dan buang masa ikut suka hati.Tak payah pikiaq apa, cukup time makan, cukup time lena dan cukup time enjoy dengan kawan sekepala.Bila aku pusing dan jalan balik kat tingkat EMPAT komta tu, dah sunyi sepi.Kosong! Dulunya lereng ni kedai game memang berderet, boleh pilih ja mana satu kedai yang aku nak lepak layan game sepam dua.Tempat ni jugak tempat dating aku dengan awek² yang penah wujud dalam hidup aku dulu, aduhai kenangan.Kalau aku nak buat janji dengan kawan² ka, awek² ka, memang sini akan jadi tempat berjumpa.Place of interest, sebab kot mana pun kalau aku mai ja komta tingkat EMPAT ni akan jadi tempat pertama aku sampai dulu.Lereng ni memang hingaq sikit sebab bunyi mesin game yang kuat belaka bagi aku semangat! Semangat apa? Semangat untuk main game 😂 Aku ni kaki game, dengan benda ni jangan dok cakap apa la dengan aku.Memang tak jalan punya, awek² yang penah date dengan aku pun sampai naik cemuih sebab aku ni dah macam takdak tempat lain nak pi, asyik dok kat tempat game ja.Ok apa? Nanti senang ampa nak cari aku kan? Dah tau aku akan ada mana selalu, tak la susah depa nak melilau pusing satu komta cari aku.

Kat tingkat LIMA pulak ada satu port yang selalu aku dok lepak dengan my former best friend, kerap jugak la kami lepak situ sampai kami boh nama dia stupid palace.Sebab? Asal nak lepak ja mesti ada sukuriti mai halau suruh turun.Masa nak lepak pun timing tak kena, dah lewat maghrib baru nak letak juboq dah kena perambat.Bukan apa, aku suka dok sini time lewat sebab orang dah kurang, nak kata tenang pun tenang, dengan angin pun kuat satu macam punya sur melayan.Lagipun tempat tu open, bukan terlindung atau tertutup pun.Kami sama laki takkan nak romen? Open kot, Gila! Aku bukan gei oi.Kalau dok time siang tu ok, cuma couple penuh dok bercumbu bagai, dah tu anak² antu komta dok naik ramai² dengan group yang tak tentu hala dok buat ramai, bergaduh bagai, aku yang nak menyembang dengan member pun mai swing.Pendek kata ada saja la tak kena bila lepak sini, sebab tu kami letak nama port ni stupid palace.Kalau nak jumpa memang sebut stupid palace depa tau dah la mana, senang.Punya la merapu dulu ni 😁Masa dok frust menungging dulu sini la aku selalu dok lepak sorang.Dia punya vibe tu rasa macam nak terbang ja, syok layan perasaan kat sini but sampai la jadi sarang gay.Aku betoi macam nak baling kasut ja kat pemuka² tongkoi ni, seyes.Semak tau ka? Dari nak melayan perasaan teroih mood ketengah laut, kannneyyy.
Kenangan kat komta masa aku muda ni banyak sangat, yang aku ingat sampai hari ni, aku penah lena dalam komta, pasai terkurung.Sekuriti pi kunci pagaq awai pasai aku dok qalit layan game sampai apek tu pun dah mengantok tunggu aku abeh main.😂Time nak balik tu la memusing cari jalan keluaq, tapi semua pagaq dah berkunci.Aku kena naik tingkat LIMA balik la gamaknya sebab tu ja jalan yang boleh temboih keluaq, tapi nasib aku malam tu tak berapa nak cantik.Pintu yang nak naik ke tangga pi tingkat lima tu pun dah berkunci, jenuh.Nak pi tingkat LIMA ni ada DUA tangga yang boleh naik.SATU kat area karaoke plaza dekat dengan lereng game jugak la tapi pintu ni biasanya pukoi TUJUH atau LAPAN depa kunci dah, SATU lagi kat area super komtar, pi tangga belah super komta pun sama, dah berkunci.Pusing pi pusing mai dok cari jalan nak keluaq sebab dah dekat satu pagi, risau punya pasai aku terpaksa cari tempat nak lena.Lawak sungguh la masa tu, risau kot pak gad pegang aku antaq pi balai kat tingkat EMPAT tu.Komta masa tu tengah hot, macam² kes dok ada, tu yang aku risau but aku ja yang tau port mana selamat dan sukuriti tak boleh nampak aku dok sedap lena malam tu hehe.Lani kalau pi komta, tangga tu pun takdak dah apa lagi astaka kat tingkat LIMA tu, semua dah lain.Depa renovate buat baru, apa yang depa buat kat ataih tu lani tak tau la sebab aku dah jarang naik sana.Ok la, aku nak lena sat.Dah pukoi SATU kot aku tak lena lagi, malam nak keja oi.