Misteri Dalam Kerunsingan

Kalau la aku tau dan betoi² paham yang hidup ni bukan lama mana pun, memang dak la aku nak buat benda bodo dan keja gila.Dari balik keja tadi aku tak boleh nak lena.Apa benda yang aku dok pikiaq pun tak tau la sampai dah kacau abeh otak aku.Cuma aku sempat mandi sat, melantak apa ka then kena la rokok sebatang dua dengan kopi panaih.Situ yang dok start melenggung tak abeh.Apa yang dok ada dalam kepala pun tak tau, mungkin sebab perkara semalam yang aku tengok kat tempat keja tu kot sampai bagi kesan kat aku? Aku rasa dalam pukoi 2 pagi macam tu, Ada satu kelibat manusia dok pusing pi, Pusing mai depan hotel.Mulanya risau jugak, sebab area hotel tu memang sunyi bila tengah malam.Aku tak mau nak pikiaq sangat la, dok sat dalam lima minit macam tu ada satu pompuan masuk, dia meluru direct pi kat lif.Aku pun buat tak tau ja, sambil tu aku tengok cctv kot la ada benda² yang tak berapa nak syok jadi kat ataih.Aku standbai ja la, in case kalau benda tak elok nak jadi aku boleh get ready dah.Aku perati ja cctv tu, dok tengok pompuan ni dok ketuk satu bilik kat tingkat dua.Sampai ke bawah aku dengaq dia punya dok ketuk pintu bilik tu, ahh sudah.Ada la ni cerita dia, elok pintu bilik tu terbukak pompuan ni terus tolak satu kelibat laki dan dia masuk dalam bilik.Haa tudia, dok bertarik rambut sampai luaq bilik, aku dah garu kepala! Yang laki tu dok cuba tarik dan tolak dua² pompuan ni so lani aku nak buat apa? Aku call bilik tu dan habaq kat laki tu jangan buat hal dalam hotel sebab ganggu guest lain, dia mintak maaf dan depa semua masuk dalam bilik then senyap.Selebihnya aku tak tau apa cerita sebab sampai abeh syif aku tak nampak sapa pun keluaq dari bilik tu.Aku tak mau nak masuk campoq, kurangnya aku dah nampak satu benda yang buat aku jadi macam ni pagi ni.Apa yang Allah dok tunjuk kat aku..?

Tiba² dok terbayang dah cerita aku dengan si M dan si Y, dok nampak dah la.Mungkin DIA dok bagi pembayang dah, aku dah mai gelisah.Tertunduk rasa malu, aku tak tau nak buat apa.Makin serabut bila pikiaq, alahai.Aku kena jugak buat keputusan meskipun aku yang kena beralah, moga² aku kuat nak habaq dan berterus terang nanti kat si M, aku akan mula dengan dia dulu memandangkan minah ni berat sikit sebab suka menjawab bila aku cakap, kerap bertelagah hanya pasai benda kecik.Lantak la kalau dia nak maki aku pun, yang penting bagi aku adalah untuk berterus terang walaupun aku yang akan tarik diri dari dua manusia ni. 😫


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama