Bercuti Tanpa Gaji



Seharian tidoq, Terlalu penat dengan urusan dunia yang adakalanya buat aku mula bosan.Dalam dok sedap lena tu ada jugak ja parasit yang ngacau, Dengan call, Mesej yang tak henti! Stress woi, Geram la jugak.Hari cuti aku nak santai, Nak rilek pun payah.Nak off tipon pun, Serba salah sebab kot la ada hal kecemasan apa ka, Dah tu teringat pulak kat mak atau adik² aku lagi.Niat memang nak lena sepuasnya tapi apa daya.Dok nampak gaya dah yang aku tak boleh nak lena lama².Ada saja benda yang akan buat bagi aku terbeliak bijik mata.Nak layan lena balik tu memang dak la, Then nak buat apa? Nganga, Guling², Apa nak buat? Capai sebatang rokok, Nyala then otak dah start jalan.Pusing kanan, Pusing kiri, Menung lagi, Melangut seminit dua.Terpandang laptop, Ahhh sudah....Blog dan segala macam keja yang masih dok tertangguh dah sekian lama.Apa lagi? Tekan picu ON, Then hmm..Mula la hadap dan belek keja kat laptop tu.Best tak jadi aku? Otak yang ada ja benda dia nak pikiaq dan ada saja benda yang tangan ni nak buat.Haishhh...
Maka nganga la aku hadap skrin laptop sembil belek keja apa yang patut buat.1st thing memang blog dulu la kot, Sebab dah dekat 2 bulan kot aku dah tak menulis.Novel grafik pun masih terbantut asbab Idea jadi kering dan kurang sumber, Ditambah pulak stress kat tempat keja.Aku pun dah lupa kat mana aku save 'skrip' novel tu, Selalu lupa! Kat mana aku berhenti pun tak tau.Dok selak merata cari, Tapi lain yang aku jumpa.Barangkali mungkin lewat malam sikit atau esok saja aku belek, Malaih! Macam tu la punya esok, 'KERAIHHH'.But whatsoever memang aku kena jugak cari sebab nak refer balik kat part mana aku berhenti tulis.Nak beli domain untuk blog pun masih dalam perancangan, Buntu dibuatnya.Andai kata aku tak sempat nak update apapun maka sia² la cuti tanpa gaji aku ni! Sudah la nak tdoq pun tak boleh..Hampeh!
...At least something Eddie...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama