Semalam ulang tahun kelahiran aku yang ke 37, Alhamdulillah Allah masih sudi bagi aku nikmatNya untuk terus bernafas dan merasa segala apa yang DIA bagi hingga hari ni.Tapi aku ni sebenarnya dok berada dalam serba salah, Memang rasa bersalah sangat².Kenapa..?
Ini la halnya, DUA manusia ni dalam satu masa.Aku bingung, Rasa bersalah tu tiap hari kian bertambah.Nak berterus terang? Boleh saja, Cuma aku takut lukakan hati masing² sebab sebolehnya aku nak elak, Tapi tak punya kekuatan.Depa ni pulak pilih tempat nak celebrate birthday aku pun kat tempat keja aku, Ini namanya memang cari pasai.Memang keja gila, Buatnya depa bertembung memang gamak aku yang jadi referee yang tak menang tangan, Jenuh! Aku pulak jenis tak mau nak cakap banyak dan okay saja sebab aku tak mau ada yang syak atau sangsi antara aku dan depa ni, Sat lagi kalau aku kata nak buat tempat lain, Mula la nanti banyak tanya..Maka terpaksalah aku set time, Kawan tu mai pukoi berapa dan kawan ni nak sembunyi mana, Okay..Okay, Barangkali memang akan ada kedengaran suara sumbang yang dah mula menghukum perilaku dan cara aku sebagai seorang jantan tak guna.Ya la, Simpan betina banyak padahal tak tau apa cerita terus nak hentam.Itu la perangai orang melayu lani, Naik meluat pulak aku.Ampa nak kata apa, Nak sebut apa, Nak maki apa, Suka hatilah.Itu dosa ampa dengan DIA melalui aku, Sebab ampa dok mengata kat aku.

Lagipun aku bukan aku tak pernah nak berterus terang tapi ada saja halangan yang buat benda tak jadi nak cakap dan seorang lagi tu dah awai² tau yang aku dah berpunya tapi masa tu aku belum ada apa² hubungan rasmi dengan keduanya ok? Cuma tak sangka benda dah jadi lebih teruk gini, Aduhai..Cuba bayangkan tengok, Satu manusia yang entah mai kot mana, Layan ang elok, Jaga kesihatan ang, Makan minum ang dia tanya, Itu mai secara tiba², Jadi aku pun macam terpinga, Jadi bodo, Nganga dok tertanya yang deni sapa dia dok tanya aku semua? Dah amek berat kat aku, Belikan makan, Kalau aku sakit dia tanya then beli ubat bagi semua segala bana.Semalam pun si kawan ni belikan kek, Itu pun aku tak tau langsung apa yang dia nak buat, Konon nak surprise kan aku la.Sampai tempat keja, Semua pakat bertepuk termasuk la bos aku, Terharu jugak la sebab at least orang ingat kat aku, Dan last minute baru tau rupanya si dia ni yang buatkan semua lagipun dia kan staf house keeping kat tempat keja aku jugak.Pada yang tak tau tu lain kali jangan la serbu nak mengata kat aku, At least aku usahakan untuk berterus terang dan aku ingatkan yang aku bukan lagi milik atau suami sapa² lagi masa tu ok? Cuma benda ni aku tak jangka nak jadi macam ni.Itu saja, Sedangkan aku jugak benci nak mainkan perasan orang, Tapi bila benda dah jadi kat batang hidung sendiri, Padan la dengan muka aku.Mau tidaknya rasa bersalah tu terus dok menghantui aku dan aku dok pikiaq tak abeh nak explain lagumana kalau² kot la terkantoi satu hari nanti? Tengok saja apa yang jadi semalam, Itu pun dah makin buat aku rasa semakin bersalah tau ka! Yang dia ni buat surprise kat tempat keja dengan beli kek, hadiah bagai, Siap dengan package suap kat aku.Yang sorang lagi pun sama mai jugak kat tempat keja aku antaq kek dan hadiah.Allahu..Sebak, Sedih dan agak kesal.Aku nak buat apa..? Ingat aku seronok ka nak buat anak orang macam ni???? Pada jantan lain aku tak tau la, Benda boleh sedap kan sedangkan aku pun ada nafsu tapi aku benci nak sakitkan hati orang lain dan aku jugak pernah merasa dah macamana d'sakitkan! Aku kena cari masa yang sesuai untuk berterus terang kot mana pun sebelum benda jadi lebih buruk!