Semalam hujan hari ni pun still hujan, dari semalam non-stop hujan turun.Lebat gila, tu pun gagah jugak aku keluaq redah hujan pi keja.Ni memang saja cari penyakit maka hari ni dengan bangganya aku dah demam, last terlentang jugak aku kat umah jadi bodo.Apa lagi, tepukkk! Ketegaq sangat kan.Padan la dengan muka aku, takdak penyakit pi cari penyakit.Dari semalam memang aku dok berasa dah yang badan aku dok mai seram sejuk, then kepala sakit sebelah dengan pening macam nak termuntah sampai dah tak boleh nak berdiri sebab dok nampak dunia atas bawah dan bawah ke atas tu pun gatai sangat keluaq pi keja, dok ingat boleh maintain steady padahal dah ketahian.Lani? habuan la, nganga kat umah layan la aku dengan demam ni.Aku tak suka dok saja, sejak keja hotel ni aku banyak buang masa kat luaq ja.Paling banyak masa pun kat tempat keja ja, tu yang aku boring kalau dok umah nganga.Baik aku keluaq, lagipun stress dengaq orang tua kat umah tu bising pagi², entah apa dia dok bletiaq kat pak aku sampai terjerit².Selalu ja macam tu mak tiri aku ni sampai aku naik meluat dah nak dok umah! Aku ni pulak jenis malaih nak baring² kosong walaupun masa tu masa untuk aku rehat, dah sakit kan? kena la rehat tapi aku ni ketegaq tiang, memang tak reti nak dok dendiam, ada ja benda aku nanti buat.Ni aku dok menulih ni, dalam demam boleh mangkit duduk hadap laptop.Tak tau la aku ni makhluk biasa ka alien, memang tak reti dok diam langsung laa..

Sakit ni tanda Allah sayang, ada sebab musababnya aku dah jatuh sakit.Yang aku tau dosa aku yang cukup banyak kat DIA.Rasa segan, malu sebab DIA masih sudi tengok keadaan aku, diri aku.Kalau dak masakan pulak DIA nak bagi aku sakit? Ka saja² ja DIA nak sakitkan aku? Itu hak DIA, keja DIA untuk menguji semua umat manusia dan bukan aku saja yang DIA bagi sakit kan? Memang aku bersyukur tapi pada masa yang sama aku malu.Hari ni buat dosa, esok DIA gugurkan then aku buat lagi, macam tu la seterusnya.Sampai bila aku nak macam ni? Dosa aku dah berlambak aku buat kat hotel tempat aku keja ni, hari² kira nak hentam orang ja terutama sekali bila ada couple masuk.Hah tu nak buat apa lagi? Romen la, apa lagi kalau dah masuk berpasangan gitu, padahal aku tau ka yang mungkin depa yang masuk tu laki bini?Kiranya aku dah bersangka yang tak elok kat orang lain tapi kalau laki bini, takkan la nak masuk hotel bajet? Yang lima bintang ada ja pun, pasaipa tak pi ja sana kalau betoi nak hanimun bagai? Dah nama pun hotel bajet, surely banyak couple masuk keluaq.Dalam satu hari tak pernah takdak couple yang masuk.Nak marah pun tak guna, apa lagi nak sound tapi ada ja yang dah kena dengan aku sampai dah tak berani nak masuk bila nampak aku duduk kat counter.😁 But terkadang tu, memang aku rasa serba salah jugak sebab kalau aku lepas masuk kiranya aku bersubahat sekali ka macamana? Maksiat kot, kiranya aku dah macam dok bagi muka, dok jaga line.Jenuh la menjawab esok ni, then nak buat apa? Buat bodo? Selama aku stay dalam bidang perhotelan ni, ikut pengalaman aku dulu² tu sampai ada guest yang ajak aku romen, bukan saja aku jadi mangsa awek² sepi malah geng² kunyit dan nyah pun tak terlepas nak goda aku, menakutkan!Ok la, aku dah tak larat nak taip panjang, kepala dah mula berdenyut balik.Insya'Allah kalau ada izin lagi dan kesihatan aku dah elok, aku akan sambung cerita lain hari, Wallahu'alam.
P/S: Si Y dah standby ubat siap² untuk aku, aduhai aku tak suruh pun..