Tengok Diri Sendiri

Hakikat manusia ni memang semuanya lemah, walau ada yang dok mengaku kata dia kuat, bijak pandai bagai padahal semua bodo piang.Aku berani kata sebab benda ni ada dalam Qur'an, Allah yang kata bukan aku.

FirmanNya:

يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُخَفِّفَ عَنكُمْ ۚ وَخُلِقَ ٱلْإِنسَـٰنُ ضَعِيفًۭا

Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.

An Nisa -28

Dan macam tu jugak aku yang selalu ja dok qalit, pelupa, leka apalagi lalai.Aku akui yang aku ni bongok gila tapi dok mengaku pandai, punya la celaka perangai.Bukan saja dok mengaku kata diri ni bijak tapi siap package lupa diri.Rupanya selama ni DIA dok uji aku dan aku langsung tak sedaq apa lagi nak peduli? Aku dok nganga serupa tu ja.Dalam sedaq atau dak, aku dah lupa dengan HAK dan anugerah pemberian yang DIA pinjamkan untuk aku, tak cukup dengan tu aku sia²kan pulak apa yang DIA dok sua bagi dan segala benda yang DIA dok tunjuk.Tu pun masih aku tak guna otak untuk pikiaq benda ni semua, nak kata hari² pikiaq tu ada tapi otak tak berfungsi agaknya kan d? Entah apa yang aku dok pikiaq padahal DIA dah bagi semua jalan untuk aku tengok, aduhai malu tak tau nak kata apa.Cukup banyak peluang yang aku dapat tapi aku tak manfaatkan betoi², entah apa dalam kepala d? itu dah cukup dan satu bukti yang aku ni makhluk yang lemah.Kalau hari ni aku bertaubat, esok buat pulak.Lusa taubat balik, tulat buat pulak.Macam tu la benda ni akan berterusan sampai mampoih pun tak jadi apa d oi, sampai bila? Aku kena tegas dengan diri aku sendiri kalau nak jalan menuju pi kat DIA tapi kalau dengan cara aku lani, pakat nampak la memang semua benda aku nanti lupa abeh.Lama kelamaan tu bila dah lupa sampai jadi tak peduli, apa pulak aku nak kelepiaq masa tu? Apa lagi alasan aku masa tu? Ni aku dok hidup lagi, saat hidup pun dah boleh buat taik kat Tuhan sendiri.Mana akai aku pi? Dah celuih pi kat lutut ka apa? Ada agama pun still dok jadi bodo jugak.Jangan sampai aku tak kenai dah mana HAQ mana BATIL, Teruk aku esok² ni nak menjawab kat depan DIA.Jangan buat pasai d, jangan.Banyak sangat dah DIA dok bagi muka ni, aku dok mai melampau pulak! Allahu..

Aku makhluk hina.
Sangat hina.. 💔


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama