Salam Lebaran Untuk Semua

Alhamdulillah, walaupun agak lewat beberapa hari sebab tak dapat cuti tapi sekurangnya dapat jugak aku balik kampung beraya dengan mak.Keja hotel ni lagi susah rupanya nak apply cuti, lebih² lagi bila ada pekerja melayu.Staf jadi tak cukup nak cover, so aku la jadi mangsa tapi hanya untuk dua hari cover but at least aku dapat beraya lagi dengan bonda tercinta.For those yang dok kata aku ni momma's boy, yes you are right.Ini syurga aku, kalau aku dah menikah sekali pun mak tetap yang pertama.Dunia hari ni kan, aku tengok ramai puak hawa yang tak suka kalau lepas menikah si suami utamakan mak depa.Apa masalahnya? Kenapa perlu ada rasa macam tu? Cemburu? Sakit hati? Motif? Sebab? Bukan aku tak penah hadap manusia macam ni sampai ada yang merungut "sikit² mak..sikit² mak" So apa masalahnya? Salah ka kalau aku utamakan manusia yang lahirkan aku, bagi aku kasih sayang, belai dan jaga aku dari kecik dan didik aku dari sebelum aku kenai dunia? Abeh ampa nak suruh aku jadi derhaka pada manusia yang keluaqkan aku dari perut dia? Macam tu? Tak paham la aku kadang.Dalam berita pun aku penah baca yang anak buang mak dia tepi jalan sebab terlalu sayangkan bini.Macam ni punya jenis elok kerat buang kepala! 

Mak, itu kepala segala syurga malah Nabi SAW pun suruh utamakan mak apa lagi larangan Allah bab derhaka ni.Manusia zaman la ni dah macam tak reti nak menghargai, sebelum dapat dia ok.Dah dapat dia buang, dia lupa, dia lepas tangan.Itu hakikat manusia tau, tak payah nak menafikan.Memang aku dok perati lani ramai sangat yang makin berani derhaka kat orang tua sendiri, ada pukoi mak pak sendiri, ada yang buang kat tepi jalan, ada yang pi hantaq kat rumah jagaan orang tua², yang paling gila sampai membunuh, entah apa dalam kepala depa ni sampai gamak buat benda macam tu pada manusia yang dok usung ampa sembilan bulan dalam perut dia, end up ampa dah besaq dibunuhnya orang tua tu! Memang tak guna la ampa ni.Tak tau la manusia oi, masing² dah besaq panjang takkan tak reti nak pikiaq? Dah la, benda buat aku serabut pulak bila bercakap bab ni.Bukan semua manusia boleh terima, masing² nanti berhujah nak pertahankan diri konon benda tak salah.Lantak la, apa pun salam lebaran buat semua.Kalau ada yang terasa apa aku kata ni, aku mohon maaf ya.

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama