
Alhamdulillah,
semalam dapat jugak peluang untuk balik pi sat
umah mak aku dan bukak
posa sekali lagipun posa dah berbaki lagi 10 hari ja dah tu aku takdak
peluang langsung nak cuti dan balik mai umah mak dari hari pertama bulan
posa lagi tau ka? Sejak aku dah keja, bukan senang nak dapat cuti, itu
pun aku kelepiaq dan amek setengah hari.Mintak muthu cover aku sat,
kawan tu senang sikit aku nak mintak tolong kalau orang lain memang
banyak bunyi tapi aku bersukur la sebab dah terlepaih balik jugak umah
mak aku yang dok tunggu aku.Dari minggu lepaih lagi kot mak dok suruh
aku balik sat sebab dia besaq hati nak masak untuk anak dia, yang aku
pulak dok serabut garu kepala nak amek cuti macamana dengan staf tak
cukup nak cover syif? Tapi hari ni alang² muthu dok ada, aku amek la
peluang tu.Macam² mak masak, ikan goreng ada takua sumbat ada dan yang
penting mak tau aku suka makan pedaih².Abeh melantak, sembang sat pasai
raya nanti aku dapat cuti ka dak, dapat cuma raya kedua atau ketiga
sebab ada staf melayu yang lain dah apply cuti lagi awai.Mak aku kata
takpa la, janji ada cuti sudah la tapi aku ada jugak rasa bersalah.Apa
nak buat? Mak aku tanya pasai baju raya dah beli ka, aku kata dah ada
yang lama dok elok lagi.Mak suruh aku beli baru tapi aku tak mau, sebab
baju raya tu kenangan aku.Memang aku tak pernah tukaq pun baju raya tu
tiap tahun, dekat 16 tahun dah usia baju tu.Masih elok, takdak koyak tak
mereput.Memang dok nampak macam baru beli, seyes! Apa yang special
sangat baju tu sampai aku tak mau beli baju lain? Orang lain tiap² tahun
tukaq baju, tukaq warna tema bana bagai.Aku tak suka ikut cara orang, aku jadi diri sendiri dan ikut apa yang aku rasa elok untuk aku, lagipun baju tu ada cerita dia, ada kisah dia..
26 November, 2003.Satu tarikh yang aku tak lupa sampai hari ni, aku takkan lupa.Hadiah dari DIA, Hidayah dari DIA, Petunjuk dari DIA dan kasih sayang dari DIA.Hari yang aku terbabit dalam kemalangan berat masa nak pi beraya kampung kawan aku kat perak.Dalam keta tu ada EMPAT orang termasuk aku yang duduk disebelah kiri penumpang padahal aku memang nak duduk side kanan, tapi kawan aku kata biaq dia duduk side kanan.Aku memang tak ingat apa² masa tu, yang aku tau aku suruh kawan aku yang dok drive tu tukaq siaran radio dan langsung aku lena, bila bukak mata tengok orang dok usung aku keluaq dari keta yang aku naik tadi tu dah kemik serupa tin soda yang dah kena pijak.Ang rasa? Bila aku dah diusung pi tepi jalan, aku terpinga² dan mula tanya aku kat mana? Manusia punya ramai kat tengah jalan, aku cuba mangkit nak pi kat keta kawan aku tu tapi tak boleh nak bangun sebab azab tahan sakit kat bahagian perut.Aku tak boleh nak cerita sakit dia tu macamana, memang azab! Yang mampu aku buat masa tu hanya terlentang dan tengok kat arah keta kawan aku yang dah teruk berkecai dan kemik tu, rupanya keta kami dah bertembung dengan lori shell, Allahu Akhbar!! Aku tengok semua, aku nampak.Keta tu memang dah terperosok kebawah lori, aku tak tau nasib TIGA lagi kawan aku tu macamana.Aku nampak banyak orang yang dok cuba tolak dan tarik besi² kat keta tu, chances of survival? Aku rasa zero bang.Tengok pada damage keta pun dah buat muka aku pucat, yang aku tau baju raya aku dipenuhi darah kawan² aku dan takdak satu pun luka pada jasad aku! Itu yang aku boleh kata its a miracle aku survive dari accident tu tanpa ada sebarang luka apa lagi calaq kat lengan or muka tapi hanya sakit kat bahagian perut ja yang buat aku memang tak boleh mangkit.Aku memang tak tau apa nasib kawan aku yang lain, sebab ambulan dah angkut aku pi spital.Depa rawat aku sebagai pesakit luaq dan biaq aku terlentang kat ataih pengusung, masa tu la aku gagah bangun amek kesempatan untuk lari.Wallet aku, tipon aku semua hilang pi dah.Aku amek teksi dan direct balik umah mak, masa tu la mak memang dah biru muka tengok keadaan aku yang masih ada kesan darah kat serata baju raya dan muka aku.Itu la yang buat aku tak mau nak tukaq baju raya ni.Kenangan yang agak perit tapi cukup buat aku sedaq diri aku.