
Alhamdulillah, I'm here and back again in penang! DUA minggu sudah aku balik mai sebab dah lama sangat rasanya aku dok dengan mak asbab masa tu aku jatuh sakit lagipun aku tak mau nak susahkan mak lagi.Aku balik mai pun dengan kerelaan sendiri walaupun mak memang tak mau lepaih aku balik mai tapi aku nak buat sesuatu, aku nak keja kurang² ada gaji boleh jugak aku bantu mak.Aku tau mak dok risau takut aku ni jatuh sakit lagi.Insya'Allah, takdak apa kot.Sampai penang, aku call Awie.Ajaq dia keluaq sat pasai dah lama tak jumpa lagipun rindu jugak dengan lawak kering dia.Kira dalam minggu ni saja kerap la dok keluaq layan game apa bana semua dengan dia.Ada jugak aku keluaq pi tengok keja kosong kat hotel yang dok ada iklan vacancy, pusing kat area penang road.Pi kat transfer road, semua pakat kata nanti kita call you untuk second interview.Nak kata kecewa tu ada jugak la, tapi nak buat macamana dah DIA kata rezeki aku bukan kat situ but semalam tu, time aku nak balik awie call dan ajaq aku keluaq sat teman dia makan.Apa daa, nak melantak pun suruh orang teman? Ikut saja la, aku pun lapaq jugak masa tu.Penat semua ada pasai dok berjalan jauh cari keja merata sorang aku dari awai pagi, kami dua melantak kat perangin mall dan aku habaq la kat dia yang aku tengah dok cari keja.Lepaih abeh melantak tu, kami kena balik sebab dia kena keja pagi tapi angin apa la merasuk dia ni bila time nak masuk corner simpang belakang gama tu dia berenti kat satu hotel bujet ni.Rupanya mata kawan ni punya tajam, dia yang nampak banner vacancy dan push aku masuk hotel tu suruh tanya keja.Apa gila deni aku pun tak tau, time maghrib pulak tu.Mana la nak ada orang bukak opis time tu, apa ka gila ang ni wie? Aku kata esok ja la mai, dak dia dok push jugak suruh aku masuk tanya.Aihh deni pun, aku masuk jugak la tanya.Mula memang aku tak konfiden pun sebab tengok la time, gila apa nak interbiu time maghrib ni? Merapu! But aku silap, satu mamat cina tinggi lampai ni bagi aku borang suruh isi, yang si Awie ni pulak dok buat lawak suruh aku demand gaji TIGA ribu sebulan.Abeh isi semua aku bagi balik kat mamat cina tu then dia suruh aku mai pagi esok pukoi 11, amboi cepatnya? Aku jadi blur sat.Nak menageh pun ada ni cuma dok tahan ja sebab awie dok buat lawak tak berenti.

So dipendekkan cerita, siang tadi aku dah pi interbiu yang patutnya pukoi 11 tapi sebab semalam ada satu amoi text aku lepas isya' suruh aku mai pukoi 10.30 pagi pulak, anyway semua tu dah selesai dan Alhamdulillah! Aku diterima bekerja sebagai night staff dan malam ni aku akan mula keja.Nampak dak perancangan DIA lagumana? Sedangkan aku betoi² tak sangka dan tak berapa nak konfiden sangat boleh dapat keja ni.Ya Allah, segan aku.Lani dah pukoi 9 lebih, sempat lagi aku dok menuleh.Hati ni dok mai dah dia punya gabra semacam, ada macam² rasa.All mixed, takut ada, risau ada, gelisah ada.Better tak payah layan, lebih elok aku fokus.Aku nak siap dah dan cabut pi keja.Moga² semuanya berjalan dengan baik.Have to give a go, you'll never know until you try! Allah dah bagi rezeki ni, nganga apa lagi? Jalan terus and stay firm! All the best myself!
-Chaiyok Eddie!