
Apa la salahnya kalau aku bagi senyuman tu balik? Then buat la muka ketat tu sampai jadi berkedut.Benda ni aku bawak sampai kat tempat keja, Lebih² lagi keja aku tu sebagai penyambut tetamu! Itu la masalahnya yang perlu aku baiki tentang diri sendiri.Bukan apa, Kadang takut jugak salah senyum kat bini orang naya bang.Persepsi manusia ni tak boleh nak jangka, Satgi aku senyum, Dia kata aku gatai plak.Dah la port tempat keja pun kat hotel, Naik risau kadang.Entahlah, kompius d'buatnya.Macamana agaknya untuk aku atasi muka aku yang serupa asam kecut yang tak pernah senyum kat orang lain sejak dulu lagi? Muka ni sentiasa kelat walau kat mana aku pi, Sentiasa masam, Bengis, Muka lagu dok frust, Sampai aku pun naik jemu nak tengok muka sendiri kat cermin.
Agaknya betoi la kot kata seorang member aku tu,"Ang menikah esok hari² muka ada sinyum,Tak caya cari la sorang misti ada punya", Haa ya la, Ingat cari pompuan ni serupa macam dok selak pilih baju kot? Gila? Aku ni bukan suka sangat nak keluaq semata nak cari betina, Aku tak suka dan itu perangai aku, Abeh kuat pun kalau aku keluaq memang sorang² dan aku akan melilau kat kedai barangan elektronik, Kedai yang juai pc ka, juai enset ka, But am i being too straight on myself?Being pushy? Am i?Entah la, Malas la nak pikiaq benda gini.Better nganga depan PC lagi besh, layankan saja apa yang aku rasa enjoi untuk diri sendiri buat masa ni.Bab pompuan? Jodoh? Itu nanti² la, Allah kata ADA maka ada la.Kalau takdak, Maka takdak la.Ini bukan hal jodoh, Ini hal aku, 'Eddie si muka ketat' yang tak pernah senyum.Bengis satu macam tak kena tempat buat aku tak selesa dengan diri sendiri.Perlu aku cari jalan utk buang sifat gila ni atau dengar nasihat member cari awek sorang untuk mengisi muka yang dah macam papadam hangit ni? Malaih dah nak pikiaq, Tapi ingat la wahai diri, Tak salah senyum kat siapa pun, Nabi SAW pun dah habaq "Senyum Itu Sedekah" maka senyumkan saja, Tak ada masalah.
Sedikit fakta tentang diri aku, Walau muka aku macam ni punya seyes, Itu pun ada jugak awek tergoda nau, Cuma aku ja yang tak berapa nak minat sebab trauma dari sejarah hitam yang lalu tu masih ada kesan dia.
P/S: Kalau senyum sorang² satgi kan, Orang kata aku gila pulak.