Merindui Hometown

Dah lama sangat rasanya aku stay dengan mak aku kat kampung, tetiba jadi rindu pulak kat penang.Ingat nak balik penang dulu, esok insya'allah kot? Tak tau lagi dan tak berani nak buat apa² janji dengan diri sendiri.Tapi kot mana pun memang aku kena balik jugak, banyak benda nak buat.Aku plan nak cari keja, tapi aku tau mak masih risau dengan keadaan aku.Sakit aku ni dia tak kira time nak hentam aku, ikut suka suki dia ja.Aku cuma tak mau susahkan mak dah, cukup la dah berapa bulan dah aku kat sini.Asyik makan tidoq, terlentang nganga tak buat apa.Aku bukan boleh dok diam², memang nanti cari apa bala benda yang aku nak buat, tak reti la nak duduk jadi orang bodo ni.Lemaih perut tau ka? Walau aku sendiri tak konfiden yang aku ni dah 100% ok, aku takdak pilihan.Selama aku dok dengan mak, aku terasa macam aku ni dah banyak abehkan duit dan keringat mak jadi aku nak cari keja dan tolong mak sebab tiap kali aku tengok ayaq muka mak, aku nampak wajah mak yang kian berkedut dan rambut yang dah banyak putih.Mak dah tua, makin tua dan takkan aku nak macam ni lagi? Takkan aku nak mengalah dengan sakit aku? Aku kena lawan! Aku kena lawan! Hanya DIA ja tempat aku mintak tolong, kuatkan aku.Harapan aku hanya nak bantu dan bela mak pada usia tua dia, sementara mak masih ada!

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama