Secelik Mata,Sepantas Masa

Pejam celik, sat ja kan dah bulan TIGA! Cukup cepat masa ni berlalu sampai aku pun tak sedaq.Semalam tengahari aku sempat la aku bertandang sat kat umah mursyid, sampai lewat asaq baru balik.Walaupun dok tak lama mana, tapi banyak ilmu yang dapat.Apa yang patut aku ingat lani, pesanan mursyid untuk aku yang aku kena kuat sebab kelak nak menempuh ujian yang bakal sampai.Nasihat mursyid pun menusuk bertubi² sampai ada yang aku terlupa sebab mata ni dok mai berkaca serupa nak teriak pun ada, sekali dua tu memang aku dah tak mampu nak tahan sebak.Abeh muzakarah aku balik rumah mak dengan grab, memandangkan jalan kat seberang jaya tu memang jem gila time petang, tambah plak hari sabtu, mampoih.Tapi Alhamdulillah la, Allah mudahkan perjalanan aku sampai jugak umah dengan selamat, elok sampai tu mak dah standby tunggu kat depan pagaq.Aku jadi heran tanya mak nak pi mana? Rupanya mak nak bawak aku pi kedai komputer yang jugak kawan² dia nak tolong tengok laptop aku ni apa masalah.Alahai, ni mak aku.Memang aku tak boleh nak lari atau bercakap bohong sikit pun, dia akan tau jugak apa yang aku dok serabut.Aku ni sebolehnya memang tak mau susahkan mak aku sebab cukup la aku kat sini dah bagi mak aku serabut tengok keadaan aku macam ni dan asbab tu jugak la sebolehnya aku nak cepat² balik penang, tengok la dalam seminggu dua lagi? aku tak berani nak jamin sebab keadaan aku pun dok terhoyong hayang.Sampai kedai komputer tu, aku bagi laptop kat mak dan ada satu pompuan cina yang amek, aku jadi kelu sebab mula aku ingat kedai melayu.Alamak, then aku bersuara la kat mak aku sebab aku tak mau pompuan cina tu bawak laptop aku masuk dalam.Cerita jadi panjang pulak, aku berbalah dengan amoi tu hanya kerana aku suruh dia bukak face to face tapi dia kata tak boleh sebab nak kena tengok dulu apa yang rosak.Ahh sudah, mak aku dah tengok muka aku jadi lain dah masa tu.

Bila dah settle semua dan entah la apa yang depa dah buat dengan laptop aku, katanya CPU cepat overheating dan memang kena tukaq atau beli komputer baru, aduhai.Sedih dengaq, patut la selalu ja dok buat hal dengan fan dia dok buat bunyi serupa paip lori, even masa dok update blog ni pun still aku dok monitor suhu dia.Memang dah tak cantik ni, sementara ni pandai² la aku kena jaga tempature dia.Pakat dok nampak dah la keja aku yang lain semua nanti sangkut lagi.Aihh sabaq ja la..

 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama