
Kebelakangan
ni aku asyik dok terkenang saat masa muda aku yang dulunya terasa macam
dah banyak buang masa dengan benda yang sia², Tapi tak semua la yang
mengarut, Ada jugak la yang elok.Naik turun dalam hidup, Biasa la.Dulu
aku ni tak berapa sangat nak amek tau apa lagi nak peduli dengan hal
yang bukan ada kaitan dengan aku, Tapi sebaliknya memang ada pun! Cuma
bila benda tu berbalik semula kat aku, Baru tau nak tersentot bagai
padahal masa tu aku masih tak faham lagi apa².Kalau nak ikut kenangan
yang syempoi² tu, Saat bahagia berjiwang karat bagai tu memang banyak
jugak, Muda dan nak seronok ja.Enjoy aku dengan kawan² tapi bukan jenis
enjoi sampai pi kelab malam apa lagi cerita bohsia dengan bohjan, Benda
ni dulu top la.Aku banyak dok abeh masa dengan belajaq main gitar.Lepak
sampai tengah malam, Gila.Port yang paling kerap dok lepak? Padang kota
la, Mana lagi? Pada yang tak tau padang kota tu kat mana, Haa boleh mai
penang.Tiap malam memang aku nanti ada sana.Kadang² aku nanti bawak mai
bola rotan, Tengah malam buta main takraw kat tengah² padang.Yang
bestnya, Mula aku main berdua ja dengan member aku, Then nanti ramai la
budak² lain join masuk sampai jadi ramai padahal tak kenai pun depa
sapa.Nak join? Ahh mai ja.Lagi ramai, Lagi best.At least ada jugak
aktiviti bersukan walaupun tengah malam buta.Syok bila ingat bali semua
tu, Alahai kenangan..Bab
cintan cintun masa muda? Tipu la kalau takdak, Zaman guna surat pakai
bedak.Dengan member² semua kaki mengusik, Siap panggil aku mat bunga
sebab kot mana pun nanti ada sikat kecik aku selit belakang poket, Haha!
Dengan minyak rambut tancho bagai, Padahal poket kontang.Lawak oi bila
ingat balik semua tu dan apa yang buat aku terkesan sangat bila mai part
clash.Ahaiii, Gado serupa laki bini, Pastu break.End up frust
tertungging terbalik.Kadang terasa macam nak balik semula zaman tu,
Alahai.Happy go lucky, Tak serabut macam lani.
Pernah
la aku dengaq ada orang kata, Kalau ang dah mula dok layan lagu lama²,
Itu tanda yang ang dah tua.Gila padu menusuk jiwa oi, Dok terngiang lagi
kata² tu kat halwa telinga aku sebab memang aku dah mula rasa yang aku
ni dok mai senja dah.Kat janggut pun dok naik dah seputih dua helai, So
kena sedaq diri la. Mau dok standbai dah.Lani masa untuk aku check balik
amalan sebab dah sedaq yang kata diri ni dah nak maghrib walaupun usia
aku dihujung 30'an, But bagi aku memang dah terasa tua pun, Even though
mati ni takdak syarat dan dia tak kira ang muda atau tua, Sampai
masa...Abeh!