
Mangkit awai pagi ni dok rasa macam dia nak buat pulak, badan dok sakit², rasa macam baru lepaih kena debik.Sejak DUA TIGA hari sudah pun dok rasa macam ada ja yang tak kena dengan aku.Dengan dada yang dok mai sempit, tu biasa la sebab rokok dan kopi nonstop aku dok tibai bila dah mula hadap komputer ni.Aku dengan kopi ni dah tak boleh nak bercerai sebab kalau satu hari aku tak kena kopi, tangan kaki ni nanti dok
mai ketaq semacam, serupa mat fit tak dapat ubat.Bukan tak cuba nak
kurangkan tapi tu la, payah sikit sebab aku ni jenis suka pikiaq.Bila
mai engine dia nak pikiaq, mula la dia punya serabut tu nanti mai sampai benda² yang takdak dalam kepala pun boleh tetiba ada.Ni la dia yang buat aku jadi lebih
aggresive bila amek kopi dan rokok, pelan² dok install penyakit masuk then bising tu sakit la, ni sakit la.Sendiri yang cari pasai, cehh! But aku tak boleh nak la nak letak salah semua ataih kepala aku.Selama aku stay dengan mak memang aku perasan ada bunyi² yang pelik waktu malam.Bilik belakang yang aku duduk ni memang sunyi sebab dekat dengan lorong yang takdak sangat orang nak lalu lalang belakang umah ni.Ada la satu malam tu aku nampak satu manusia yang punya la haluih, dia mai cucuk badan aku dengan lidi ka apa benda aku pun tak tau.Sakit jugak la, aku dok lena masa tu dan macamana aku perasan yang kawan tu punya kecik? Dah kena cucuk satu bab, mau aku tak terjaga? Alih² tengok satu makhluk yang kecik macam smurf dok pegang lembing ka lidi ka aku tak tau la, dok berdiri macam dok marah aku.Apa aku buat kat dia? Aku dok sedap lena la syaitan! Aku cerita la kat mak aku pasai hal ni, rupanya benda yang sama penah jadi kat adik aku yang bongsu tu dulu.Sebab tu la bila malam aku akan biaq laptop aku bukak, lampu aku tutup sebab sengaja nak terangi bilik dengan cahaya malap sikit, baru aku boleh selak tingkap belakang tu tengok kot ada penyangak apa ka.Kadang memang dok berasa macam ada tangan yang dok selak tingkap, tu yang aku nak spy tengok.Nak kata aku berani? Dak la sangat cuma benda² macam ni aku dah biasa sejak dok dengan satu manusia ni dalam hutan dulu.Tapi tu dulu punya cerita la, aku pun takdak mood nak cerita benda tu dah, kalau mai mood dia nak menuleh, baru aku cerita.Tengok la macamana, insya'Allah.Ni pun laptop dok buat perangai lagi, baru ni ja dah tukaq fan dia tapi still dok bunyi lagi.Dah sakit la tu macam tuan dia jugak.Sabaq pi la sat, ada rezeki kita beli baru terus.Aku pun kena tahan sat diri aku buat sementara ni untuk kurangkan
pengambilan kopi dan rokok! Get ready la untuk sakit kepala, dah la badan ni pun rasa macam dok kena pijak.Aihh, sabaq ja la d.