Kemarau Panjang

Bacaan suhu dalam celcius takat ni ada la dekat 34/35c, aku yang dok duduk terlentang dalam bilik ni walau dah pasang kipas tahap maximum, tapi angin yang keluaq dari kipas tu pun dah umpama angin berapi, buat aku lagi kelupoq macam dok rasa nak pi duduk dalam peti ais ja, Masya Allah! Merungut? Dak, cuma takut.Dunia semakin dok hangat dan tunggu masa nak terbakaq ja ni.Aku boleh rasa yang usia bumi ni memang dah tua sangat dah, tak tau berapa lama lagi kawan nak tahan.Dari minggu sudah aku dok perasan dah yang lani hangat dia mai lain macam, walau ang guna LIMA bijik kipas angin pun still berpeluh serupa dok mandi.Baru semalam dok bersembang dengan mak pasai benda ni, rupanya kemuncak kemarau landa semenanjung tapi tak tau la lama mana.Semua ni DIA yang nak bagi tapi tu la kita ni panaih pun komplen, ujan pun komplen.Tak rasa segan langsung kat DIA, ada saja yang tak kena dengan kita ni.Kot mana pun nak bunyi jugak, dah bagi pun cakap banyak tak bagi pun lagi banyak kita komplen, hakikat manusia.

Kena la redha dan terima saja, pasti ada asbabnya DIA nak bagi kering sat macam ni.Ini baru panaih kat ataih dunia mat, kat sana aku tak tau la lagumana? Suhu yang baru 34/35c ni pun dah buat aku kelupoq teruk sampai berpeluh basah lencun.Allah..Dunia dah sakit bang, tambah pulak dengan benda² pelik dok jadi lani, dengan perang la, apa la, itu la dan segala petanda yang ada aku baca dalam hadis² dengan kuliah dan ceramah bab akhir zaman ni buat aku ketaq lutut.Aku ni adalah salah seorang dari jutaan manusia yang Allah dah pilih untuk hadap benda² yang dok jadi lani, apalah daya aku melainkan dengan pertolongan dan perlindungan DIA? Terkadang benda macam ni buat aku menung panjang, pikiaq tak berenti sampai jadi gerun dan takut.Entah kelak macamana la agaknya dunia ni nak terbelah? Tak dapat nak bayangkan! Kat dunia ni bila dia hentam satu flash punya kilat sampai terbelah pokok pun aku dah trauma, dok terpikiaq pulak hal kat sana nanti lagumana nak bertahan? Nak beratoq panjang sekali dengan jutaan ribu raban makhluk tunggu giliran untuk kena hisab segala amalan.Nak kena apa? Nak jawab apa? Nak kelepiaq apa lagi benda dah jelas kat tangan DIA yang hanya dok tunggu nak flashback balik kat kita esok ni apa yang kita dok buat kat dunia dulu.Sangat menakutkan bila dok terbayang benda macam ni, sentiasa ada dalam kepala aku, berlegar² dalam minda.Aihh tak dapat aku nak bayangkan!

Allah.. 😩

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama