Salahkan Diri Sendiri

Aku pun tak tau nak kata apa dah, asal aku bukak mulut gerenti rasa macam nak mencarut tapi bila aku diam, naik kepala pulak.Barangkali cara aku yang tak kena? Bukan saja² aku nak marah membabi buta, tapi dalam marah aku ni sebab aku sayang sebab tu aku tegas.Lebih² lagi bila dalam hal yang libatkan agama.Aku memang senang naik angin bila aku dok nasihat depa boleh buat lawak, buat main dengan hal agama.Mau tak kuning kepala aku jadi super saiyan.Kita ni niat nak sampaikan pesan, at least ada jugak kebajikan.Bukan saja² ja nak marah tanpa kepala punca, gila? Tapi ni lain sikit, bila cakap sikit buat muka toya.Aihh, tak tau la aku.Dok perati jugak bila perkara yang patut jadi amalan harian tu orang buat sambil lewa.Bila dah lama sikit, mula la jadi pelupa, dari lupa tu la nanti tak buat terus.Aku bukan paksa, aku tak push sangat pun.Aku dok train untuk jadi lebih elok dari sebelumnya dan bila mai certain time tu aku tanya balik semua yang penah aku pesan sebelum² ni ada buat dak? Dok amalkan tak perkara² wajib dan sunat tu? Jawapan dan alasan yang sering aku dengaq, alamak...LUPA!

Entah la d, mungkin ang ni keraih sangat kot? Dah buat orang takut dengan ang agaknya? Aku terkenang balik benda ni sebab aku rasa memang ada something wrong dengan aku.No wonder depa semua pakat lari abeh sebab aku agak tegas dengan hal agama.Aku cuma tak mau orang buat main benda ni, soal agama ni bukan benda yang boleh dok buat lawak jenaka bang.Nak mati esok lusa ni kita tak tau nak kena apa kat bawah sana.Tak tau la, bila dok renung balik semua aku rasa memang ada yang tak kena dengan cara aku atau diri aku sendiri?
Aku mengaku memang salah aku bila terlalu berkeraih sangat, rasanya lebih elok kalau aku bertegas dengan diri aku sendiri dulu, agar bila nak mendidik tu, hilangkan sikit kebrutalan tu.Bila dah terlalu keraih dan straight sangat memang gerenti, jangankan ayam itik, aku rasa semut pun boleh ghaib.I need to do something with myself.Its beyond the limit and aku rasa i have to look back at my history, I guess i can see my mistakes and learn it from there? Kan?

I'm Sorry, really i am.

Ya Allah...Aku mohon kekuatan.
😕


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama