
Betoi la mursyid kata, yang kita ni dah cukup biadap dengan Allah, bila DIA bagi nikmat, kita dok buat main, buat benda sia².Takdak faedah langsung apa lagi manfaat? DIA bagi nikmat ada mulut siap pakej lidah, gigi, boleh melantak, boleh kunyah siap dengan deria yang boleh rasa masin, maneh, masam bagai.DIA tambah plak suara nak bagi kita bercakap, boleh melalak menyanyi bagai, Tapi serr, kita guna pakai mulut untuk umpat orang, maki, cela caci tak tentu hala apa lagi ghibah? DIA bagi pulak nikmat ada telinga untuk dengaq, tapi kita pakai untuk dengaq gosip, dengaq orang dok ngata kawan nu, ngata kawan ni.Kurang² DIA bagi jugak tau, kita ni ja problematic, apa lagi nak bersyukur? Kalau DIA bagi kita ada telinga tapi pekak lagumana? DIA bagi lagi nikmat mata, untung dapat tengok segala macam mak nenek dalam dunia ni.Dari situ pun kita dah boleh bersaksi akan kebesaran DIA cipta dunia dan segala isi yang dok ada, and again too bad, kita pakai nikmat tu melencong kot lain. 😑
Saja la aku kata, sekiranya DIA mintak kita bayaq balik semua nikmat yang DIA penah bagi kat kita, ang rasa ang mampu ka nak bayaq balik kat DIA? Boleh ka..? Solat 10 ke 15 minit pun dah berkira masa, inikan pulak nak ganti? Sungguh kita takkan bisa mampu broh!! Kurang² DIA suruh kita BERSYUKUR ja tapi tu pun kita masih tak mampu! Puihh!!
FirmanNya:
نَّ الإنْسَانَ لِرَبِّهِ لَكَنُودٌ
"sesungguhnya manusia itu sangat ingkar tidak berterima kasih kepada Tuhannya"
Moga² benda ni jadi pengajaran pada aku untuk sentiasa ingat dan bersyukur dengan apa yang DIA dah bagi.