Kepulangan Dan Ziarah

Semalam aku cuti, Dok umah tak buat apa.Nak ajaq awie keluaq pun kawan dok keja.Jadi nganga la aku sorang² jadi bengap.Nak hadap laptop pun malaih.Aku nak rehat sat dari dok hadap skrin laptop tu.Lagipun dok pikiaq hal tempat keja, Aku dok mai dah rasa yang aku nak berhenti asbab kesihatan aku mula tak berapa nak cantik.Rasanya start bulan 10 aku kerap sangat amek cuti.Itu yang tak best, Bukan aku amek cuti suka² tapi aku dok sakit.Takut orang tak paham ja, Kadang bila aku mai keja muka² staf pagi dengan petang jadi senget macamana tak tau.Seolah macam dah tak syok kat aku.Apa nak buat, Hadap ja la.Elok dok terlentang pikiaq panjang tu mak aku call, Tanya habaq aku macamana dan sembang la kami dua beranak pasai diri dan kesihatan aku ni, Then mak aku bagitau yang mak tok kurang sihat jadi aku buat keputusan untuk balik nak ziarah mak tok aku.Sampai ja sana, Amboi²..Mak tok senyum sampai ke telinga.Aku pun lega tengok yang mak tok masih boleh senyum lagi meskipun dalam keadaan uzur macam tu.Alhamdulillah, Sekurangnya aku masih lagi ada mak tok dan ini ja satu²nya mak tok yang aku ada side mak aku ja.Side pak aku semuanya dah takdak.Masa tok wan abah aku ninggai, Aku memang tak sempat nak pi jenguk sebab aku tengah keja.Aku dah cuba mintak nak balik tapi depa tak bagi alasan takdak orang nak cover aku.Nasib tak berapa nak menyebelahi aku masa tu, Cuma yang sempat aku jenguk tok esah dan tok kiah ja.

Kalau ada yang bertanya tok esah dan kiah ni sapa? Haa arwah tok wan aku ada dua isteri.Hihi..Dan gambaq yang dok ada ni mak tok belah mak aku, Sempat aku suruh mak aku snap semalam sebab mak tok nampak seronok sangat masa aku mai.Jadi ini ja khazanah yang aku ada untuk aku simpan.Moga² mak tok sentiasa dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yang baik.Amin.. 

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama