Aku dok plan nak cari keja, tapi masih lagi tak konfiden dengan diri aku sendiri lani.Tak tau la nak habaq lagumana, kalau dari luaran memang orang tengok aku macam sempurna, ok, no issue, sihat wal pak liat but kenyataan dia ia tak seperti yang orang sangka.Aku ni sakit dah lama, dah berubat? Haiyoo, merata dah pusing sampai aku dah mula hilang rasa nak pi berubat lagi dah.Benda ni makin lama makin dok bagi kesan dalam hidup aku sampai cik bunga pun dah mula pandang aku kot lain.Ada isu ka dengan cik bunga? Ya, memang ada pun dan aku tak nafikan benda ni sampai dah bertekak pun ada, apa yang buat aku terasa sangat bila dia kata aku pemalas dan tak mau usaha konon aku ni tak mau keja padahal dia belum tau bab aku apa lagi kenai aku betoi², but aku memang kalau boleh tak mau habaq apa pun kat dia bab kondisi dan keadaan aku ni.Aku nak elak dari salah paham, mulut manusia ni bukan boleh tutup.Kadang aku pun letih jugak nak bertekak, apa yang aku boleh buat untuk jaga hubungan ni? Bukan niat nak menipu dia, aku tak mau dia susah, that's it and nothing more.Full stop! Cakap banyak pun bukan orang paham, abeh apa yang aku nak expect? Abeh kuat diam ja dengaq la dia bletiaq, tu ja la.