
Selama aku kat umah mak ni, kerap jugak la aku dok nganga laptop sebab dok menulih, dok buat design dan segala bana benda tapi tiga hari sudah dia dok start buat bunyi bising.Bila on ja laptop ni dia nanti bunyi keletuk keletang macam ada benda terkepit.Aku pun cuba la bukak nak tengok kot ada apa tak kena, rupanya sungguh memang dia buat hal sebab internal cooling fan dia bengkok.Maksudnya alignment kipas dan tak sekata sebab tu dia dok bunyi sakan bergendang.Kena tukaq baru la cerita dia ni? Aduhai, gamaknya macam tu la.Berapa agaknya nak kena? Dah la aku keja pun dak lagi, duit sekupang haram pun takdak dalam tangan.Tergaru² kepala dok belek fan ni sampai tak perasan yang mak aku masuk bilik dan tegoq aku tengah buat apa? Mak aku tengok muka aku yang tak berapa nak kemaih.Muka serabut, then mak aku dah ternampak laptop aku terbelah dua dengan fan kat tangan aku, aiseymen.Laptop ang pasai apa? Lingkup ka? Apa ang buat?
Apa nak buat.Nampaknya macam tu la mak oi.Mak aku offer nak bantu, Haishh..Cukuplah selama aku dok sakit dan lepak kat sini, Aku banyak susahkan mak aku.Baru ja dok pikiaq nak buat keja malangnya malam ni pc buat taik, Apa nak buat, Benda nak jadi kan.So apa lepas ni? Pelan² la aku pikiaq tengok.Ni nak cuba repair sendiri untuk sementara, Bukan apa cuma fan dia dah bengkok kena besi, Itu yang dia dok bunyi gendang sakan.Aku nak cuba tengok pomen, Kot la ok sikit.
Hikmah pada tiap kejadian.Pasti ada asbab dia.
DIA saja yang tau pasaipa fan rosak padahal aku pun tak jangka.
Wallahu'alam.