Dulu Lain,Sekarang Lain

Ini baru 3 series, Belum lagi 4 series tapi aku dah terasa diri ni dah tua bangat.Bila borak² dengan member, Aku sebut yang aku ni dah tua, Ada yang gelak berdekah, Ada yg perli.Tu biasa la..Kawan² kan.Memang dok terasa yang aku ni dah makin tua apa lagi dok rasa yang perangai aku dok pelan² mai lain.Macamana aku boleh perasan yang aku ni makin dok berubah, dari metal ke sentimental.Persoalan tu buat aku tertunduk , rasa malu dengan perbuatan silam.Tu ja dalam kepala bila orang tanya aku sejak bila jadi baik ni? Apa dosa yang aku tak buat? Itu yang paling utama dalam kepala dan yang sentiasa aku dok pikiaq.Lebih² lagi time nak lena benda ni gerenti mai satu macam punya flashback sampai dok terbayang hal dalam kuboq.Apa yang aku nak jawab esok ni? Sekali dua termenung, Dok tertanya² 

"Allah terima dak maaf aku asbab dari dosa² pada masa silam yang lalu?"

Yang cukup aku takut ni bila ada dosa pada sesama manusia.Sekiranya dosa aku tak dimaafkan oleh manusia yang pernah aku berbuat zalim, Ang rasa benda akan settle macam tu ja? Mendapat la habuan.Memang risau tahap nak gila bila pikiaq benda ni tau ka? Allah Maha Adil.Takkan la aku nak kata Allah tu zalim? Gila?!Kebelakangan ni jugak, Memang aku banyak menung.Kadang sampai tak cakap apa, Banyak diam tapi otak dok memusing padu.Dulu aku lain, Sekarang lain.Aku lebih banyak asingkan diri sampai ada hari member mai umah ajaq aku keluaq pun aku tak mau nak pi mana.Dok umah, Menung, Rokok, Pikiaq.Tu la aku lani, Aku dah tak serupa aku yang dulu dah.Bila kenangkan balik masa usia muda, Kalau nak ikutkan, Dalam umoq belasan sampai 20'an tu la aku banyak buat benda yang boleh kata sia².Kesal? Memang ada, Bila dah kenai dunia luaq ni, Tau saja la segala mak nenek merapu meraban aku buat tapi tak sampai la tahap jenayah berat² tu.Tambahan plak bila kenai kawan² luaq, Ikut apa kawan buat but aku dah tak boleh nak salahkan depa, Tapi sememangnya semua dari diri sendiri.Nak ikut kawan tu tak salah, Tapi takkan sampai semua benda dia buat aku pun kena buat? Kalau kawan tu buat tapi aku tak buat, Itu lain cerita.Masalahnya sampai dah terikut tu apa cerita? Kesimpulan dia kenapa aku ikut buat sedangkan aku tau benda tu tak kena atau salah? So punca dia diri sendiri la.Aku kena tuding diri aku sendiri.

Benda² yang merepek macam ni la yang buat aku ni sampai satu saat tu jadi biadap! Cukup memalukan..Itulah yang aku dok kenang dan pikiaq semenjak dua ni.Tu belum kira solat lagi, Kadang nak capai rasa khusyuk pun tak mampu.Bila dah tak khusyuk, Mai fedap, Lama² esok ni aku dah berani tinggai solat.Aku mengalah.Aku ni satu manusia yang dah gagal bentuk hidup aku sendiri.Memang terkilan sangat bila tengok life aku sekarang ni.Sedih tapi apa daya? Aku nak bangun semula? Aku kena kuat.Kena paksa dan pujuk hati pelan², Adakalanya aku nampak yang aku ni dah serupa bangkai bernyawa yang dok tunggu masa nak pejam ja.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama