
Masa dah mula pegang smart phone, era symbian masa nokia mendominasi tu la aku mula buat gila.Hanya dengan tipon yang tak berapa nak canggih sangat tapi gagah cari maklumat macamana nak buat grafik macam ni, macamana nak buat grafik macam tu.Memang aku rajin sangat cari info segala bana asal yang melibatkan grafik memang aku akan belajaq sampai hadam.Dari zaman tipon yang skrin hitam putih sampai la ada warna, aku tak berhenti pulun belajaq hal seni ni.Rajin prepare awai² konon satu hari aku akan buat jugak benda² macam depa buat.Modal topap untuk GPRS masa tu tak payah habaq, aku sanggup abeh 100 tiap bulan janji aku dapat apa yang aku suka nak buat, tapi benda tu semua terhenti sat sementara sebab bab grafik ni mula melibatkan komputer.Kat sini la aku jem, sebab harga komputer masa tu pun tengok la.Belendiaq juboq baq ang, aku tak mampu.Mahai beribu raban dia punya harga, aku cuma boleh tengok ja sambil ngesat ayaq mata 😂But aku ni memang keraih kepala, still tak puas hati.Tanam niat nak beli satu laptop, nak keja dan simpan duit.Syarat hanya ikat perut dan finally, Allah bagi aku rezeki dengan satu laptop.Perjalanan aku bermula dari sini, banyak benda yang buat aku wow masa first time guna komputer ni.
P/S: Saat baru mula nak berjinak dengan komputer ni, aku lupa satu perkara yang aku langsung takda basic nak handle dia lagumana.Ahh punggah, masa tu memang serabut bewak dan tak tau mana nak mula.Jem..hahahahaha! 😂