
Pada usia yang masih muda masa tu yang sepatutnya hidup aku normal macam manusia lain, macam budak² lain, tapi perancangan DIA mengatasi semua.Nak kata aku ni layak ka nak libatkan diri aku dengan hal agama? Jauh sekali bang! Aku sendiri pandang diri aku ni memang sangat tak layak sebab perangai ni kadang mengalahkan setan tau ka? Tapi dengan kehendak DIA, ini la aku hari ni.Aku dah 36 tahun, next month dah 37 dan sikit lagi nak menuju ke angka 40! DIA bagi aku terhantuk kepala pun masa aku dalam 20'an lagi, sejak aku jatuh sakit tu la semuanya dah lain.Apa yang jadi masa tu betoi² dah pusing hidup aku completely sebab aku sepatutnya memang dah mati! Kalau nak cerita balik dengan apa yang jadi, memang aku tak mampu sebab aku risau manusia ni lidah depa asyik nak letak hukum ja, pantang lepa dengaq cerita pelik² mula la nak kata dan kecam macam² padahal benda ni semua jadi dengan kehendak dan izin DIA, aku tak tau apa² dan yang aku tau DIA antaq DUA manusia ni yang dok pimpin aku selama ni.Dok ajaq aku supaya aku jadi orang bukan binatang, tak pernah lekang lisan depa yang dok ingatkan aku, ajaq aku, nasihat aku bab Tuhan, Rasul, bab tauhid apa lagi ilmu mengenai diri.Ya Allah, malunya aku nak letak muka kat mana pun aku tak tau dah.Bila dok kenang balik apa yang aku dah buat dulu, memang rasa jauh sangat dengan agama apa lagi membelakangkan kiblat? Perangai aku ni dulu memang cukup celaka, walaupun keadaan aku hari ni dah lain sikit tapi hati ni dok meraung sebab dok berasa diri ni memang tak layak sangat dok ada ataih jalan ni.Aku tak layak, itu la yang aku dok ulang tiap hari.Aku ni kotoq dengan dosa, rasa segan, malu kat DIA yang sudi bukak jalan ni untuk aku.Malu!

Memang aku malu, tapi aku kena bersyukur sebab DIA masih sudi pandang aku dan kirimkan DUA manusia hebat ni untuk bawak aku sampai ke pintu yang aku sendiri kena bukak.Ya Allah, tolong kuatkan semangat aku dan lindungilah aku dari terus melakukan perkara yang sia².Ampunkanlah aku wahai Tuhan..Ampunkan aku 😔