Kenapa Terburu Buru?

Okay..Semalam tamat sudah cerita aku akhirnya dengan si bunga yang selama ni aku punya dok sanjung dan cuba sehabeh baik nak jaga hati dia.Finally, Dia buat keputusan suruh bawak haluan masing².Welp, Benda ni memang as expected sebab dalam sebulan dua yang lepaih memang dia dah macam dok bagi signal kat aku, Aku perasan benda ni dan bukan aku tak nampak.Aku tau dia dah mai bosan atau kekok la kot dengan aku yang takdak apa ni.Adakah aku dah bersedia? Not really, But actually aku cuba untuk pertahankan.Aku nak dia sabaq, Itu ja.Aku tau apa yang perlu aku buat cuma aku tak mau habaq condition aku ni macamana, Aku takut dia salah paham dan tak mau dia risau.C'mon la, Bukan aku tak pernah langsung keluaq duit bagi kat dia, Aku tak pernah sikit pun nak ungkit even though aku ni lelaki, Ada tanggungjawab dan aku bukan jenis mudah lepas tangan.Selagi aku mampu untuk pertahankan hubungan ni, Aku akan cuba.Tekanan dari dia? Ya, Bulan lepas paling banyak.Dia macam terlalu push sangat, Sama la macam bekas awek² aku yang lalu.Kadang memang aku tak boleh nak paham dengan depa ni semua, Masa mau meratib merayu sweet talk bagai.Yang aku ni pulak dok tolak sebab aku tau diri aku ni lagumana, Aku rendahkan diri dan habaq teroih terang yang aku ni zero, Aku tak mau belakang hari depa bunyi.Masa tu nanti panjang cerita, Aku yang terlentang.Depa ni pandai bercakap, Konon aku menghukum depa sebab tak mau nak bukak hati aku semata² cerita lampau aku, Padahal ampa tau apa? Benda ni aku yang dok rasa, Aku yang hadap.

Aku tak mau pasai pikiaq sangat la, Satgi deni punya pasai memang otak ni flashback balik benda² yang lalu.Mula la aku nanti pikiaq macam², Ending semua lebih kurang ja, SAMA! Bila time dah jemu tu mula buat alasan dan cari point salah aku, Segala bana apa depa nanti korek, Then pertikai.Macam tu la nanti gaduh mulut, End up blah macam tu ja.Sedih la selalu ja dok kena macam ni but Allah lebih tau pasaipa DIA bagi jadi macam ni, Mungkin si bunga tu bukan jodoh aku atau ada benda lain yang DIA tetapkan untuk si dia dan aku, Wallahu'alam. 

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama