Aku Hanya Mampu Diam

Baru balik dari bertekak dengan si bunga ni, Aku pun tak tau la nak kata apa.Asyik dok cari salah aku kebelakangan ni pasai apa? Ajaq aku keluaq, Takkan semata nak hentam aku? Dia bawak aku pi teluk bayu, Lepak sana.Sembang pun tak macam selalu, Tone dia memang dah tak macam dia, Tak macam selalu.Aku dok berasa dia ni mungkin ada benda yang dia nak habaq tapi dia tak berani barangkali? Aku dok tanya tapi dia serupa dok buat pekak dan potong cerita.Hmmph..Aku pun buat tak tau ja la, Sambil² kena sebatang rokok apa ka, Qalit dok sedap amek angin laut tiba² dia tanya bila aku nak dapat keja? Ahh sudah, Muka aku mai lain dah, Aku tak tau nak jawab apa.Yang boleh aku habaq kat dia sabaq aku tengah usahakan sesuatu.Jangan risau, Rezeki tu mana pun ada.Tang situ la mula punya dok bertekak kami dua sampai la balik umah.Aku ni tak tau la, Aku dah jemu nak bercakap kalau asyik nak bertekak dengan benda yang sama.Dia pun bukan nak bagi muka kat aku sikit, Terlalu push sangat.Apa benda dia hambat aku pun tak tau, Ya paham, Orang pompuan kan.Saja aku buat lawak nak bagi dia gelak, Aku tanya ni mai peyed ka apa? Muka dia masam, Langsung tak tengok muka aku.Maqah sangat la tu..

Masa drive balik tu aku habaq yang aku memang ada benda yang aku tengah dok buat lani, Cuma bagi aku masa sat.Dia diam, Tak cakap apa.Senyap sunyi sampai la kat umah, Elok aku keluaq keta, Aku meluru kat cermin tingkap keta dia, Belum sempat aku cakap sepatah apa, Terus dia drive blah macam tu ja.Ang rasa? Dok nampak dah ni, Kawan dah mai meluat dah kot dengan aku? Get ready Eddie..Get ready.I have a bad feeling about this. 

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama