Tak tau la hari ni aku jadi semacam, Dok menung melayan otak yang memusing dok pikiaq apa tak tau la.Rokok dah berbatang² dok sedut, Sat termenung kat tingkap then terlentang sat pastu pi lagi kat tingkap dok melayan perasaan ka apa benda ka.Dari siang sampai petang, Dari petang sampai ke malam, Kepala pusing.Jiwa kacau.Ang dok pikiaq apa d? Mungkin ada dosa yang aku dah buat sampai hati aku tak tenang? Dosa banyak kot.Termenung berjam² dibuatnya, Macam ni la jadinya bila dah lama sangat menyendiri dan ya, Aku lebih suka asingkan diri sendiri.Tapi kesan dia? Aku suka pikiaq.Dah biasa macam ni sejak insiden yang lalu, But hari ni lain sikit.Terasa macam dok ada benda yang tak kena.Apa ja yang aku cuba nak buat hari ni, semuanya tak mau nak jadi.Tadi dok belek jugak laptop, Nak reka design untuk cover tapi mood dah kelaut.Swing! Takdak sebab, Entah dok pikiaq apa.Barangkali aku masih dok terkenang hal lama? Itu yang sampai mengelisah macam ni? Alaa..Benda dah abeh kan? But aku still ingat tapi untuk apa? Aku ja yang dok teringat padahal depa tu ingat lagi ka kat aku? Dah tu pasaipa yang dok pikiaq sangat? Aihh kacau aihh pala otak ni pun.Better pikiaq hal esok nak jadi apa lagi best.Buat pening kepala ja dok pikiaq benda² yang dah abeh, Tapi itu la..Kenangan kan? Sesekali tu syok jugak melayan dan ingat balik saat tengah dok mengelamun bahagia bagai.Tak salah kalau nak berangan, Bukan kena bayaq pun haha!
Udoh ler, Baik aku layan mata lagi baik.Nak lena sat dulu.Ngantok jugak ni.