Sepejam Mata Secelik Masa

Alhamdulillah...Syukur pada Allah yang aku masih lagi bernyawa dengan izin DIA.Dok ada lagi, Dok hidup lagi, Alhamdulillah.Masa pun pelan lama, Pelan dok mai cepat.Pejam celik dah 2018! Aku pun tak tau apa yang akan jadi tahun ni dah tu ramai manusia yang dok mula tanya bila nak bernikah, Aku dah garu kepala.Nikah ni bukan satu benda boleh buat main, Tanggungjawab nak kena ada.Macam² benda nak kena buat sebab nak melangkah ke alam laki bini.Benda ni memang terkadang buat aku serabut, Bukan tak mau nak menikah tapi mungkin tak sampai seru lagi kot? Bukan ka aku dah ada calon? Ada, Tapi berat sikit.Situasi dah ada keretakan, Paham² saja la.Aku tak reti nak cerita keadaan aku pada manusia, Setakat dalam blog ni saja tempat aku luah, Jerit dan habaq ikut suka hati aku.Nak cerita kat manusia ni, Susah.Tak semua boleh terima sebab sesetengah tu dia dengaq kat one side bulat² dia percaya.Last dia label kawan tu jahat, Kawan tu macam ni, Kawan tu macam tu.Better aku diam sat, Biaq Allah buat keja DIA.Manusia ni memang terkadang mulut jahat, Tak boleh nak kata apa.Dia rasa nak maki, Dia maki.Dia rasa nak umpat, Dia mengumpat.Satgi kita tegoq, Dia maki berguni.Cara aku? Diam, Buat tak tau.

Nak kata retak pasai orang ketiga tu, Wallahu'alam.Aku tak tuduh sapa², Aku tau benda ini melibatkan duit jugak.Ya, Aku masih menganggoq.Masih tak bekerja, Bukan aku tak usaha cari keja.Pada masa yang sama aku banyak berahsia pada si bunga tu sebab aku tak mau dia tau keadaan aku ni macamana.Terkadang kita ni usaha nak jaga hati orang tapi diri sendiri dah terlentang.Aku cuma tak mau dia susah hati, Tak mau dia pikiaq, Tak mau dia risau.Perangai aku memang macam ni, Tak suka cerita apa pun kalau aku ada masalah.Bab rezeki, Sentiasa ada.Allah hari² bagi dengan keja freelance aku tu, Walau tak banyak ribu raban tapi still boleh support si bunga tu dengan makan minum.At least ada dari takdak langsung, But still itu jugak jadi pertikaian.Aku ni dari mula dok habaq dah kat dia, Aku takdak apa.Dah nak sangat kan? Haa ni la benda last minit dok bunyi lani.Entah la, Aku tak mau nak cakap apa buat masa ni.Tengok pada keadaan, Kalau dia nak let go, Silakan.Aku pun dah mula letih nak jaga hati manusia. 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama