Masa terluang bila cuti, Ni la keja aku.Keluaq melilau, Kaki ni selagi dia boleh jalan, Dia jalan.Entah, Aku dah biasa keluaq sorang² tapi siang tadi terserempak dengan geng² lama yang dulu dok melepak sekali kat komta.Sakan la aku, Lagi menjadi dia punya kaki nak berjalan.Tak sangka pulak nak jumpa depa ni, Jadi tak salah kot ajaq lepak sekali pekena kopi secawan dua sambil borak hal lama.Alahai kenangan sungguh buat aku senyum sorang² bila ingat balik semua tu.Apa yang disembangkan? Benda² lama, Masa aku masih dok berhinguih lagi.Umoq belasan tahun masa tu baru nak mula kenai dunia dan kawan², Melepak sini sana.Kenai macam² manusia, Bergaduh ikut turun sekali bawak geng bagai, Konon style yakuza pala otak.Buat aku terbahak sekali dua.Ada jugak member² yang dah meninggai, Yang lost contact, Yang dah lama tak nampak muka dan tak tau apa cerita.Terasa rindu jugak nak jumpa tapi entah mana depa ada lani agaknya? Wallahu'alam.Lani dah lain, Kalau jumpa pun ada sorang dua ja itu pun dah berkeluarga, Dah tak macam dulu².Ada yang aku jumpa buat tak kenai aku pun ada.Dah lain, Manusia berubah kan? Macam tu jugak aku.Masa pelan lama pelan dok laju, Pelan dok berubah.Mustahil nak macam dulu, Itu tak mungkin.Masing² dah ada life sendiri, Kena jaga diri sendiri dan family.Aku? Hmmph..Aku macam aku la.Dok macam ni ja, Keja dan game.Lain tarak, Dah nama pun keja kat cyber cafe.Game tu hari², Tapi bila dah cemuih baru aku keluaq sat jalan² amek angin apa ka.Kadang aku pun terkilan jugak sebenarnya dengan diri sendiri, Sebab aku ni macam takdak life.Asyik keja, Balik umah, Game..Itu ja.Mungkin aku kena terima jugak apa yang husna pernah kata kat aku dulu..? Yang aku ni seorang yang sangat membosankan? Entah la...