Kisah Raya Haji

Alhamdulillah, Semalam hari raya korban dapat jugak balik beraya kat umah mak aku.Tu pun tergesa² balik sebab tak dapat cuti, Ya la abeh keja terus aku tembak balik pi umah mak.Nak apply cuti dah tak boleh dah sebab ada staf lain yang lagi awai dah bercuti.Yang tak bestnya abeh semua benda aku tinggai kat umah, Terlupa nak bawak sekali.Baju melayu yang selalu aku pakai time raya pun aku tak bawak, Rushing sangat padan dengan muka aku.Pada la orang dok bertakbir, Aku dok kat tempat keja melayan budak² dengan game.Bila syif dah abeh, Itu yang aku balik terus ke rumah mak.Aku tak balik pun umah aku, Memang tak sempat sebab kalau boleh nak sampai umah mak awai pagi, Kalau melarat ke tengah hari satgi jalan jem bagai lagi golmal dah tu aku pulak tak lena langsung sejak balik keja semalam.Penat tapi berbaloi sebab dapat balik umah mak itu sudah cukup buat aku bersyukur.Baju melayu tak bawak, Mak bagi baju adik aku yang lama untuk pakai dulu, Hentam ja la.Aku nak tulis panjang lebaq cerita ni pun dah tak mampu sebab mata aku still dok mamai, Dok mengantok asbab tak cukup tidoq.Nanti aku semak balik la apa yang aku tulis ni, Letih mat..Malam satgi keja lagi.Sempat lagi dok nganga pc pun pasai terjaga.Aihh, Nak sambung lena dulu.

P/S: Yang sebelah aku tu bukan mak aku, Tapi kakak aku dei. 

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama