Cari Transport Baru

Alhamdulillah, Duit yang hilang semalam tu dah jumpa.Bos aku habaq aku letak salah drawer yang paling bawah padahal dari awai aku tak perasan langsung.Entah, Setau aku, Lepaih kira tu aku letak drawer atas bukan bawah.Duit tu macam ada kaki, Boleh pulak dia lari kebawah drawer? Cuma bos aku pesan hati² ja, Pasai aku berhati² la aku boleh nyanyok sampai tahap lagu ni.Apapun syukur la, Settle dan terjawab sudah misteri duit yang ada kaki.Termenung aku kat kaunter, Memang dah naik gelisah apa lagi tak senang duduk.Walaupun masalah dah selesai tapi hati aku mai tak tenang, Aku risau takut kecuaian aku ni berulang.Aihh..Bos aku pulak asyik dok senyum tengok aku dan dok ulang² bagitau jangan risau, Mau aku tak risau bila benda dah melibatkan duit dan amanah.Benda ni memang aku pantang buat main, Aku tak suka lebih² lagi amanah.Tak kira la sapa pun, Kalau dia bagi amanah kat kita suruh jaga tapi kita buat main, Jangan! Menjawab ang nanti.Dalam dok qalit menung jauh tu, Tetiba ada sekoq hantu mana ka mai ketuk meja kaunter, Terkejut aku.Rupanya member yang selalu dok mai lepak kedai mai.Perli aku, "Nak menikah ka? Jauh dok nganga tu pasaipa? Mai dok luaq kena rokok dulu." Dok la luaq sat, Cerita la kat dia kes semalam entah kot mana ka dia mencelah sembang pasai moto pulak.Hoh, Dia ingatkan aku yang sebelum ni aku penah habaq yang aku nak cari moto baru.Yang second hand pun takpa la, Rupanya dia nak ajaq aku pi sampai seberang tengok harga moto yang aku mau tu pasai dia pun ada benda nak settle kat seberang, Jadi dia ajaq la kot sekali boleh jugak teman dia.Petang tu balik keja dia terus bawak aku pi, Pusing keliling megamall punya dok cari kedai moto.Sana banyak moto murah dia kata, Bila masuk satu kedai tu mak ai harga punya mahai.Takpa la, Kami mai pun nak riki harga ja dulu bukan nak beli pun.Masa balik dia bawak pusing meronda sat, Kena ayaq kat warung tepi jalan, Then balik.Harga moto? Aku rasa lain kali la gamaknya.

Aku bersyukur sebab ada jugak manusia yang masih baik hati sampai sanggup nak bawak aku pi cari benda yang aku nak.Aku sangat berterima kasih kat bro harry ni, Aku boleh kenai dia pun melalui member lama aku yang dok mai kedai dengan bro harry ni sekali malam tu.Kaki game jugak depa ni semua rupanya. 

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama