Aku Yang Terpaling Disakiti?

Sejak awal pagi semalam, Aku ni serupa macam ada ja tak kena, Dok rasa sayu, Sebak tak tau nak cerita lagumana.Sedih dok kenang nasib yang tak berapa nak menyebelahi aku yang dok berterusan menimpa diri.Saat dok taip ni pun mood  jadi swing semacam.Banyak benda yang dok ada dalam kepala.Memang malaih dah nak pikiaq, Tapi benda tu dah macam sebati, Dah meracun otak aku.Susahnya untuk aku tarik dia keluaq dari kepala.Kalaulah otak ni boleh cabut keluaq dan letak balik, Memang aku rendam dah dalam klorox!
Takkan la semua ni gara² dia ja? Ya, Sebab sukarnya nak melupakan, Payah! Hati meronta, Bagai nak menjerit pun ada.Sekali dua tu terpikiaq jugak untuk apa la dok ingat lagi pasai semua tu? Sedangkan dia sikit pun tak ingat kat aku? Tapi tak semestinya macam tu kan? Aku masih menaruh kepercayaan yang dia masih dok ingat kat aku! Lani, Aku nak buat keja pun tak senang hati.Kepala pening, Minda pusing, Hati gelisah.Masih ada dia.Makin dok pikiaq, Makin kritikal jadinya, Boleh gila ang ni eddie! Sebetoinya aku pun dah tak mau dah nak ingat dan pikiaq lagi semua tu, Tapi tu la kan, Cakap memang senang nak melupakan tapi kot mana pun benda tu akan mai jugak lepak dalam kepala.Aku ni dah makin sensitive pulak, Maunya aku tak ingat, Bila aku keluaq  nak pi mana², Nampak kapel jalan berkepit ni, Otak akan auto start engine dia.Mula la nak flashback balik masa² lalu dan kenangan.Aku cuba elak dengan stay kat rumah, Layan pc dan sibukkan diri dengan keja² yang dok ada, But That Thing Is Still There! Aku tak paham pasaipa susah sangat tak tau, Kenapa mesti macam ni? Atau aku ka yang dok terlebih melayankan sangat perasan gila aku ni ka macamana? Terlalu sayangkan manusia lain sampai aku dah tak nampak diri sendiri? Ini sangat teruk! You need to do something BOY!Makin parah bila otak ni mula dia punya spin, Buat pemikiran aku jadi serupa tak kena sampai memaksa aku jadi malas nak buat apa pun, End up hanya terlentang kosong.Layan menung dan perasaan yang tak berapa nak blues ni, Tapi sampai bila?
Bila kita dah melakar sejarah yang indah belaka dengan seseorang yang dulunya pernah jadi insan yang kita pernah sayang gila dulu ni, Dan bila d'kenangkan semula, Memang akan buat hati ni mula nak teriak macam budak kecik mintak puting susu, Padahal bukan kecik lagi aku ni.Itu kalau yg indah la, Tapi macamana pulak kiranya kalau ada sejarah yang menyakitkan? Aku ni lelaki, Mustahil la kalau sekali dua tu tak ingat balik semuanya, Tapi ini dah kira critical condition, Anak mata pun mula dok mai berkaca, Serr.Pening dengan situasi mcm ni, Rasa nyesai sangat dan kecewa, Terkilan dengan apa yang dah jadi.Macam² yang dah aku cuba buat asal kepala otak aku ni tak jalan pikiaq hal tu lagi.Entah kenapa kebelakangan ni makin menjadi² atau aku yg terlalu dok feeling tak kena gaya? Jauh melayang punya dok pikiaq!
Hati ni masih ada dia lagi tapi nak buat mcmana kalau dia bukan jodoh aku? Takkan la nak suruh aku paksa orang untuk suka kat aku? Ang gila? Allah dah susun benda ni elok, Cuma aku sendiri yang kena pandai dan pada masa yang sama tu, Aku tak tau apa yang dok tunggu aku kat depan kelak, Wallahu'alam.Tak sapa tau lagumana benda nak jadi pada diri masing², Walau dah dok tanam dan semai cinta dalam 5, 6 tahun sekalipun, D'jaga rapi mcmanapun, Tatang, Belai manja kot manapun, Kalau Allah dah takdirkan dia bukan untuk kita, Jadi boleh ka kita lawan kehendak dan takdir DIA?? There you go, Boleh pun pikiaq aku ni, Tapi dok dongoih serupa tu jugak apa hell??
Banyak kali dah aku jenuh dok attempt nak melupakan, Tapi tak tau la lama mana dia nak lepak dalam otak aku ni.Pikiaq banyak pun tak guna dah, Benda dah abeh, The End, Game Over, Dah berlalu.Full Stop! Buat kepala sakit kalau lagi melayan.Tapi kalau aku pikiaq benda lain takpa la jugak, Contoh kat mana silap aku? Mungkin itu boleh lower my temptation untuk ingat lagi pada benda² yang dah tak lagi ada dengan aku.Belambak lagi benda lain yang boleh aku fokus dan usahakan semampu aku sampai aku dah boleh lepaskan hal ni jauh².Bab jodoh, Barangkali awai lagi kot untuk aku, Dan lebih elok aku serahkan semuanya pada Allah tapi pada masa yang sama aku mungkin trauma sebab takut kalau kot benda yang sama jadi lagi? Ahh c'mon la, Benda belum apa² aku dah kelupoq, My dudes pun kata sampai bila aku nak meratib macam ni? Meratap, Asingkan diri, Tak mau nak bercampoq dengan orang, Awatnya teruk sangat sampai macam tu? Entah la, Aku tak selesa.Mungkin aku perlu sikit masa, Kebelakangan ni pun aku dah kurang nak melilau pi sana, pi sini.Walaupun ada yang pelawa nak bawak aku meronda merata asalkan aku berhenti pikiaq sat.Serabut aku, Lama mana nak aku nak dok lagu ni? Dok agak blog ni pun aku jadi malas dah nak menulis, Dengan hati yang dah terguris, Sedih sayu kepala bana semuanya ada, Bila nak berhenti pikir? Just let it go

-Need More Time To Heal And Get Back On Track! Insya'Allah..

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama