Struggle Dalam Mencuba

Dari semalam aku tak lena.Dok pikiaq apa lagi? Sampai dah kacau masa tidoq aku, Tak boleh jadi ni.Serabut! Gagah cuba pejamkan mata tapi itu la, Guling kanan sat, Guling kiri pulak, Macam tu la punya nak tidoq last aku bangun bukak pc nganga tengok keja² aku yang dok ada.Niat nak tidoq awai tapi dah terbantut! Otak still nak jalan jugak, So jom! Kita settle keja bagi abeh.Kadang jeles gak tengok adik² aku ni, Dah hilang terbang entah pi mana dah, Nyenyak sedap tidoq.Tak sampai 5 minit pun, Letak kepala then ghaib macam tu ja.Cuma aku ni ja yang macam tak normal.Malam kerap berjaga, Siang baru nak pejam, Itu pun bukannya aku lena sampai ke malam, Abeh kuat 3 - 5 jam ja SATU HARI! Tak normal kan? Alang² dah berjaga ni, Baik aku abehkan keja² yang dok ada, Esok² tak pening kepala, Better buat siap².Ini la keja aku buat sementara ni, Amek upah membaiki tipon, Komputer dan lain² servis berkaitan dengan benda alah moden ni.Aku la bos, Aku la kuli, Senang.Adakalanya aku ada jugak aku buat demo dan tema untuk peranti android, Sebab dulu pun ada buat jugak buat untuk model nokia (Symbian OS), Itu pun bila masa lapang, Ada jugak aku menulis karya novel pendek dan panjang, Tapi aku masih dok review sebab terlalu peribadi, Ya la cerita kisah sendiri kot.Kena pikiaq abeh kalau nak bagi orang baca.Malu cek!
Bab keja  kat luaq tu buat masa ni, Dak lagi la kot, Sebab barangkali belum ada rezeki nak keja dengan org ni, Lagipun ada benda yang aku masih belum ready nak hadap.Bila keja dengan orang ni tau saja la nak kena apa.Pendek kata banyak bunyi, Bukan mudah kita nak puaskan hati orang dengan kemahuan masing² kan? Buat ni satgi, Itu tak kena, Ini tak kena, Suruh d'buat itu ini, Kita ikut saja, Asbab dah keja dengan orang kena la ikut apa depa suruh, Tapi bila kita buat tak kena sikit ja, Sure kena fire, Berasap! Itu memang biasa la kan, Mana² tempat keja pun ada ja gini.Itu tak bermakna aku tak mau nak keja kat luaq, Cuma mungkin belum ada rezeki lagi atau aku yang tak mau nak serabut kepala dengan cara keja macam tu? Buat masa ni, Aku memilih untuk buat saja apa yang aku dok buat lani, At least ada la jugak duit poket aku, Terlepaih la jugak rokok sekotak dua.Aku sekolah tak tinggi, Expired awai, Suku tingkatan satu dah pencen.Ada la masalah yang tak dapat aku nak elak.Aku redha ja dengan apa yang dah jadi, Tapi tak bermakna aku mengalah, Aku guna anugerah yang DIA dah bagi ni dengan pelan² belajaq, Insya'Allah. Dan Alhamdulillah..Setakat ni, Dah cukup buat aku.Mata ni dah dok mai layu pulak bila nak menulis, Ngok! Tadi masa dok sedap terlentang dia tak mau pulak nak pejam, Ni bila aku hadap pc mula la menguap bagai.Dok mai mengantok pulak, Ahh lantak, Aku nak sambung buat keja yang tak siap lagi ni.
Dalam seminit dua ni dok termenung jauh kelaut dah tapi tak tau la, Dok teringat lagi la kot, Bayang muka dia dok mai sampai kat skrin pc, Ahh kacau! Yang pastinya aku doakan semoga dia berada dalam keadaan yang baik kat sana d'samping org yang dia dah pilih, Dalam dok mengelamun jauh tu tetiba member aku mai ziarah aku, Mai pun sat ja tadi.Dia mintak aku tolong tengok pendrive dia, Katanya rosak kebenda apa tak tau la, Komputer dia tak boleh nak read data yang ada dalam pendrive tu.Hmm..Ka komputer ang yang tak boleh detect pendrive ni? Lagumana rasanya aku nak lena kalau keja makin bertambah gini? Lagipun ada bagusnya aku sibukkan diri dari dok pikiaq benda² yang tak sepatutnya aku pikiaq ya tak?
Ok la, Aku nak nganga keja ni.Lain masa, Insya' Allah aku tuleh lagi oke?

-Bai

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama