Hati Yang Berdarah

Petang semalam, Aku hanya termangu dalam bilik.Terasa macam nak menangeh, Sedih dengan apa yang dah jadi.Dalam sekelip mata orang yang aku puja, Yang aku cinta, Yang aku belai, Yang aku sayang, Dah tinggai aku.Puncanya sebab aku ni banyak berahsia.Ya, Aku terpaksa berahsia sebab aku ni sakit dan aku tak mau dia tau, Tak mau dia risau.Bukan aku tak pernah habaq, Dah bagitau semua tapi itu pun dia dah kalut.Pelan lama, Dia berubah.Aku pulak dah gelabah sebab memang dok rasa aku akan hilang dia kelak, And benda tu jadi reality.End up aku yang sakit, Yang terasa hati.Entah la pasai apa tiba² aku dok teringat sangat kat dia sekaligus buat aku flashback balik benda² yang jadi saat clash tu.Sebolehnya aku nak lupa but hati ni dah sayang gila kat dia, Pejam mata nak lena pun muka dia ja yang dok mai.Aku jadi gelisah tak tentu hala, Walaupun benda ni dah berlalu dua tahun sudah tapi aku masih lagi dok ingat kat dia sampai lani.Sakit dalam hati ni makin menjadi bila dia dah bernikah dan tak habaq apa pun kat aku, Dia tak rasa apa² ka buat aku macam ni? Last yang aku ingat, Dia bawak laki tu mai bersemuka dengan aku hanya semata nak bagi balik barang² yang pernah aku belikan untuk dia.Kata² dia masa tu? Memang masih lagi aku dok dengaq dalam lubang telinga, Katanya meluat dah nak tengok muka jantan ni yang aku pulak dok merayu² kat dia agar jangan tinggai aku, Jangan buat macam ni dan segala bagai la aku cuba nak pujuk tapi dia dah tak macam dia.Laki yang dia bawak tu hanya gelak² kat aku, Saat tu memang dah terasa sangat aku ni dimalukan dan betapa hinanya aku ni pada mata dia.Hati sapa yang tak sakit bila kena macam tu? Laki tu ada kereta, Aku ada apa?

Aku pun tak tau kenapa aku teringat sangat kat dia, Even tau yang dia lani dah jadi bini orang.Kesan tu masih ada, Sebab aku terlalu sayang gila kat minah ni.Apapun, Aku doakan yang dia sentiasa dalam lindungan Allah dan bahagia dengan pilihan dia.Aku kena cuba untuk lenyapkan dia dalam otak aku.Entah la d.. 

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama