
Kesihatan pun dah mai kacau, Dah mula terganggu, Dengan tidoq yang kurang.Merokok pulak macam roket serupa nak bunuh diri sendiri.Memang saja nak install penyakit kan? Kadang migraine mai menyerang, Adakalanya sebelah kepala, Dari kiri then ke kanan.Kadang dada pulak naik semput, Mula dia punya ragam nak sakit.Bilanya nak berhenti merokok ni? Benda bukan mudah untuk si perokok tegar macam aku ni.Pastinya akan jadi cabaran besaq untuk aku.Entah mcmana nak mula berhenti ni, Dah pernah cuba.3 hari stop then auto demam panas sampai muka aku naik bengkak², Serr.Ada jugak time bila buat keja kat pc tetiba meraba² kat sebelah meja cari rokok sebab dah terbiasa gitu, Then baru teringat aku tak beli sebab bertekad nak berhenti.Tangan dok mai ketaq bila tak merokok, Otak jadi sempit.Idea tak jalan nak buat apa pun.Aku bertahan jugak la hari tu.Tetiba malam tu pulak adik² aku semawa, Maka dengan selambanya antara sedaq atau dak aku sedut dalam² asap beracun tu buat tak reti sambil hadap keja kat pc, Melelong sat setengah jam.Kalau satu hari atau dua tak kena rokok, Esok² tu hisap balik, Memang dia bagi kesan, Kepala akan jadi pening².Kot manapun aku perlu usaha untuk jauhkan diri dari rokok, Tak pun cuba la kurangkan dulu, Then Tengok la macamana.Jangan otak aku ni berpusing pikiaq tak tentu hala udoh ler.