Bingung Yang Tak Berkesudah

Yepp, There it is! Dah siap pun.Lawa tak theme template yang baru ni? Boleh la, Janji terang dan jelas untuk nak baca.Masih berada dalam skala nooby.Nak buat cantik² tu memang makan masa sebab aku mana reti sangat nak bercoding bagai meskipun benda tu penting untuk future references kelak kan, Siapa tau? Wallahu'alam.Pada yang tak tau tu, Aku ni seorang yang suka sangat dengan seni dan ni adalah salah satu daripada seni tu.Melukis tu pun seni tapi malangnya aku end up bukan sebagai seorang pelukis.Dulu ada jugak keinginan dan cita² nak jadi pelukis komik, Tapi takdak rezeki.Sekurangnya ada jugak kan yang at least aku boleh buat sesuatu dan bersyukur sangat dengan apa yang dah DIA anugerahkan.Ini sudah cukup, Alhamdulillah.Dalam pada masa dok godek design untuk blog ni pun, Otak aku still tak mau nak buang terus manusia tu.Orang cakap nak move on tu simple ja pun, Tapi macamana tu? Hati aku pulak dok berbisik mcm².
"Macam ni ka kesan dia bila kita terlalu letak harapan yang tinggi melangit pada seseorang manusia yang belum tentu jadi hak kita?"
Ahh sudah, Dia buat dah.Salah aku jugak sebab terlalu mengharap sangat, Tapi salah ka kalau mengharap? Tak salah kan? Atau aku yang bodo piang? Dah nama pun sayang, Atau aku yang dah silap langkah? Aku ni kan, Punya la ketegaq tiang, Dok kata nak lupa tapi dok ingat jugak, Kebendanya aku ni? Ka aku dah gila? Needed to do something with this, Else it will kill my brain.Kalau dok biaq terus lagu ni memang benda tak jadi apa.I need to stop.Siang malam asyik muka dia ja, Dah takdak muka org lain.Bayangkan muka Cindy Crowford ka, Madonna ka, Gila! Sekeras dan setegas macamana pun aku ni, Gerenti ayaq mata jantan tu akan mengalir mat.Dah sifat manusia bila bersedih mesti la nangeh, Tapi yang jenis hati kering tu aku tak tau la.Adakalanya perkara ni buat aku bingung, Buntu malah dah tak tau apa lagi yang aku nak buat untuk bagi hilang terus manusia ni dari dalam kepala otak aku.Aku terlalu beremosi? Ya, Mungkin dan adakalanya jugak benda ni buat aku fedap.Entah la, Aku bertawakal semoga aku jadi lebih baik dan dapat menerima takdir yang menimpa aku dan akan aku anggap benda ni sebagai mimpi yang kosong.Semoga aku kuat dan tabah dalam menjalani hidup seperti manusia lain dan aku perlu ingat yang usia aku ni pelan lama pelan dok mai senja dah.Nak prust mendanya lagi bila dah tua berkedut? Huduh aihh.Kulit muka dan badan yang dok mai mereput, Rambut pun dok ada dah sehelai dua yang putih dah, Siap ada yang dah gugoq, Lama² nanti botak kapla.Dari terus dok pikiaq benda frust tertungging bagai ni, Elok aku cari benda lain yang boleh bagi aku qalit sat.Insya'Allah, Harap² la..Jgn cakap ja, End up ketahian jugak!

-Aku Insan Hina

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama