Dah masuk jun, 2026 bersamaan 20 zulhijjah 1447. Cepatnya masa kan? Aku pun makin dok mai berkedut dah, rambut pun dah banyak putih apa lagi janggut. Mata pun dok mai 'potey' dah. Pendek kata, aku dah tua. Bila dah mai rasa macam ni, mula la dok pikiaq balik masa tengah muda, dan bila kenang balik masa muda tu, Allah hai. Rasa macam nak pi balik ke zaman tu, seandainya boleh la. Benda pertama aku nak buat? Betulkan masa muda aku yang dah cukup 'rosak' suatu ketika dulu but too bad, itu semua mustahil! Lani baru nampak, baru nak kesal itu dan ini. Masa muda bukan tak reti nak pikiaq tapi malas nak amek port. Darah muda memang semuanya macam tu, ikut nafsu. Nak seronok bagai, melompat sana, terjun sini. Bergaduh sana, bertumbuk sini. Bukan nak mengeluh apa lagi nak menyesal? Tak dak guna dah pun. Sekurangnya Allah masih sayang dan DIA bagi 'akai' untuk pikiaq dan tunjuk semua cermin yang ada supaya aku sedaq diri. Lama mana nak buat perangai setan? Lain la kalau DIA biaq ja aku jadi tak tentu hala serupa dulu macamana? Sampai mampoih pun dok la lagu tu. Badan pun dah makin lemah, semput. Sakit sana, terlentang sini. Berguling situ, meniarap sini. Bila jasad dah meragam, baru tau nak sebut 'Allah', Mak dan abah. Manusia...Macam tu la. Entah la wahai diri, setakat mana yang DIA bagi masa, buat la yang terbaik selagi ada izin DIA. Aku pun tak tau apa nak jadi kelak, semua dengan kehendak DIA, Aku hanya 'jalan' skrip yang sudah ditulisNya saja. Sampai masa, DIA kata abeh, Maka GAME OVER..