Impian Yang Berkecai

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku bercakap dengan adik² pada 'perempuan' tu dan rindu aku ni dah terubat malah sebak bila depa pun masih lagi kenai aku dan bukan saja kenai tapi depa masih hormat aku sebagai seorang 'abang' pada depa. Depa masih lagi kenang dan ingat apa yang aku buat kat depa dulu, aku jadi sebak. Banyak benda yang kami borak, sejak dari 'lost contact' sampai la boleh jumpa balik meskipun melalui whatsapp tapi bila aku bertanya bab anak aku, apa yang jadi? Mana dia pi? Kat mana dia duduk? Mana dia ada? Hati aku jadi remuk, sakit, geram, marah. Dari rasa dok 'merindu' yang tak kena gaya, terus bertukar jadi benci. Cerita yang cukup gelap buat aku mulai rasa tak selesa, bukan aku marah dengan apa yang adik² aku ni sampaikan sebaliknya aku jadi 'angin' pada 'perempuan' tu. Apa yang diceritakan adik² dia pada aku buat aku terduduk, kepala mula start dia punya 'enjin'. Ya Allah, apa yang ang dah buat anak? The first thing yang buat telinga aku ni jadi panas bila anak aku lari dari rumah. Reason? Apa lagi, ikut 'kawan' la. Kedua, dia berkelaku 'khianat' pada darah daging dia sendiri, orang dah bela ang, bagi ang sekolah, bagi ang melantak, apa ang mau depa bagi but end up ang tikam depa? Aku nak mengaku anak ka macam ni? Perangai pun dah lebih kurang macam mak dia yang khianat kat aku dulu! Oh no, aku memang percaya bulat² apa yang adik² perempuan tu cakap, Why?

Sebab dari dulu, hanya dua orang adik pada 'perempuan' tu yang cukup rapat dengan aku. Depa ni memang sentiasa raikan aku, tolong aku. Depa la yang paling seronok kalau aku mai singgah rumah depa walaupun masa tu aku terpaksa merangkak mai secara diam². Depa dua ni memang sentiasa nak duduk dengan aku, sentiasa nak bantu aku walaupun depa masa tu masih bersekolah rendah! Ang pikiaq tengok duit sekolah yang sepatutnya depa guna untuk keperluan sekolah, nak makan, instead depa simpan untuk bagi kat aku, Aku tak meminta² tapi depa tau, aku merokok dan masa tu memang aku tengah susah, hidup pun dalam fasa merempat, memang masa tu aku 'menumpang' dekat kawasan rumah depa, tentu sekali aku malu! Cuma peliknya aku, kenapa perangai kakak depa sendiri langsung tak sama macam dua orang adik dia ni? Sangat hairan dan aku pulak boleh jadi bodoh tunggu 'perempuan' ni selama 8 tahun, imagine that! Bukan dia tak pernah buat naya kat aku, bukan dia tak pernah malukan aku, bukan dia tak pernah khianat aku. Apa lagi yang aku tak hadap dengan 'perempuan' ni? Apa yang aku tak kena sampai disantaunya aku!! Cerita dah lama, aku pun tak suka nak ungkit² cuma aku hanya nak tengok dan ambek balik anak aku, aku ada hak untuk jaga dia tapi 'perempuan' tu yang larikan sejak anak aku masih kecik lagi. Dah tentu 'dicucinya' otak budak tu sampai mungkin dia tak tau yang dia masih ada bapak yang dok hidup lagi dan yang dok cari dia selama 21 tahun ni akibat perbuatan 'perempuan' tak guna tu! Sapa la tak bengang? Dah lama aku cari anak aku tapi 'perempuan' tu dok jaja cerita yang aku ni reti buat anak tapi tak reti jaga sedangkan dia yang perlari anak aku, tak pulak dia cerita atau nak jaja cerita ni kat orang? Sudah la dia buat dua kawan baik aku mai 'hentam' aku tanpa tau asal usul cerita, dah tu aku kena pukul lagi. Apa semua ni? Kerana lisan dia semua orang dah mula bercakap pasai aku, masa tu memang aku dok keja dah tapi satu tempat keja orang dok cemuh aku sampai la aku kena buang sebab aku dituduh bawak 'personal' issue ke tempat keja padahal 'perempuan' tu la yang dok mai jaja cerita, buat aku malu. Aku tak melawan, aku diam. Aku biaq ja orang kata kat aku, bila balik aku tanya apa masalah dia? Selamba ja tuduh aku ada 'affair' dengan satu awek kat tempat keja aku tu. Hanya kerana itu??? Padahal aku kenai pun dak. Saat tu dia dah sarat, aku cuma pikiaq anak yang dalam perut dia saja tapi tekanan yang dia bagi kat aku memang unacceptable! Aku naik tangan? Yes i did and aku tau itu memang salah aku, kot mana pun itu memang salah aku tapi bila tekanan yang dia bagi nonstop, sapa boleh tahan? Kena pulak time aku ni bukan saja dungu, jahil pulak. Maunya tangan ni tak ringan? Salah aku sebab hanya naik tangan dan selama ni aku asyik mencela apa lagi menghukum diri sendiri but sampai bila lepas aku dapat tau benda ni semua mai dari 'perempuan' tu sendiri????

Dia dah rampas apa yang sepatutnya jadi milik bersama sebab anak tu anak aku jugak dan apa hak dia nak bawak lari dan buat budak tu sampai tak kenai dah aku ni sapa??? Adil ka untuk aku? Entah la, Bila tengok balik selama ni aku asyik mencela diri sendiri dengan benda ni semua, Aku rasa serupa orang bodoh! Cara 'perempuan' tu buat sangat kejam. Dia seolah berdendam dengan aku padahal dia tak pikiaq langsung yang selama 8 tahun dulu aku dengan dia, apa dia mau aku bagikan ja. Mustahil la kalau dia nak bagi alasan hanya kerana aku letak tangan atas dia terus dia nak 'melompat' buat gila kat aku sampai tahap ni? Bukan khianat ka namanya? Santau aku, bawak anak aku lari,  fitnah aku, malukan kat orang, buat aku setengah gila dengan perbuatan dia. Manusia kiri kanan salahkan aku, kata kat aku. Mana aku nak letak muka? Dan kini, bila aku dah jumpa balik adik² 'perempuan' tu dan dengaq apa yang depa cerita A sampai Z pasai anak aku, dunia aku yang dulunya cerah dengan harapan, tiba² bergelap! I must say that yang anak aku ni officially dah ikut perangai mak dia sebijik! Ya Allah...Aku tak tau apa aku nak buat, Aku hanya berserah. Aku pun dah rasa malu sebagai seorang bapak pada budak tu, hati jadi remuk!

Terbaru Lebih lama