Nak kata aku tak pernah tolong? Aku lepas tangan? Aku abaikan? Aku buat tak reti dan tak pikul tanggungjawab? Jawapan dia hanya ALLAH saja yang dok perhati benda ni. Benda bukan baru jadi, dari sebelum aku bernikah lagi tapi masa tu lain sikit sebab tengah ada 'duit'. Bukan la aku nak tuduh dia bukan², dosa aku. Cuma selama ni perangai makin lama makin berubah, makin lain, cara layanan dah jauh beza. Aku terasa hati tapi apa aku nak buat? Pukul? Hentam? Maki? Marah? Itu kerja gila. Nak suruh aku tegoq, berbuih dah mulut sampai dah hilang kata². Abeh kuat, masuk bilik dan berkurung. Itu la modal aku, lani dah banyak diam dari bercakap. Terkadang aku tertanya, mana hak aku? Entah, malas nak cakap lagi dah.