Klasix Studio Bakal Terkubur

Dengan berat hati ni, aku rasa Klasix Studio memang bakal
terkuboq la nampak gayanya.Banyak sebab dia, sejak dari aku sakit sampai hari ni apa yellow pun dah tak masuk.Modal tak roll balik which aku dah banyak rugi dengan tools yang aku dok bayaq tiap bulan.Koman² semua tu mau ada dekat 600 jugak la, apa nak buat.Ada jugak yang aku dok edit buta but as return terima kasih pun tarak, sebaliknya dapat maki dan demand itu tak kena ini tak kena.Kita ni pikiaq nak tolong sebab aku pun boleh paham macamana depa ni perlukan satu benda tu tapi tak reti nak buat.Dah tolong pun tak kena jugak, then what? Tak cukup dengan tu, ada pihak cuba sabotaj aku.Mungkin depa geram la kot sebab dulu mintak aku tolong tapi aku tak layan agaknya, ada jugak yang dok kecam apa lagi dok ngata kat aku, siap suruh orang lain boikot aku konon aku letak harga mahai untuk satu gambaq.Uishh gila ni, aku cuba korek info dari group² lain dan customer² yang penah dok mai edit dengan aku, depa la habaq kata aku letak harga RM200! 😂Jadahnya sampai RM200? Merapu sungguh la haihh, harga aku tak pernah sampai pun RM50.Semua ready image RM15 ke RM25 ja, toksah dok merapu la sampai RM200 aku nak letak.Walaupun adobe lani dok naik harga, aku masih kekalkan harga aku.Tak terpikiaq pun aku nak main harga gila² padahal RM15 - 25 tu abeh murah aku letak, but itu pun ada jugak manusia kata mahai then aku nak kata apa lagi? Alahai, aku hanya nak cari makan bukan telan orang.

Bab dengki tu pulak tak perlu la kot aku cerita sebab zaman lani jenis yang ada penyakit hati ni senang jumpa.Ang pi mana pun akan ada, ang dok saja pun akan trigger depa.Pelik kan? Ang buat benda elok pun ang kena, ang tak buat pun ang kena, tapi once ang dah buat silap pehh itu nanti mai sekali dengan bala tentera maki dan kecam ang kaw².Lani punya zaman memang macam tu, letak hukum pada bahu sendiri.Jenis aku, kita beralah ja.Tak payah nak lawan bertikam lidah walaupun kita buat benda yang betoi, Allah ada.DIA dok tengok, esok semua pakat mati dan nak berhimpun depan DIA, masa tu la yang mana mulut jahat dulu ni nanti mendapat la habuan depa masing².Dunia depa punya, so bagi ja kat depa.Aku pun dah cemuih nak hadap 😏In other case, lani dah banyak online editing tool yang AI powered.Orang yang takdak pengalaman dalam graphic field pun dah boleh edit dan buat sendiri hanya dengan taip saja, so sebab tu aku rasa elok la kiranya aku stop bab editing ni semua or aku just jadikan web rasmi aku tu sebagai koleksi peribadi untuk aku sendiri. 

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama