Aku masih terbaring, Kaki? Masih sakit, Pasang surut sat dia sakit, sat dia ok.Ditambah pulak dengan demam.Cuaca pulak tak berapa nak menentu, Sat dia mai panaih sat dia mai hujan.Tak silap aku semalam hujan lebat itu yang aku demam padahal tak kena hujan pun.Macam ni la aku sejak mula sakit, Hanya habehkan masa dengan terlentang kosong sampai aku naik jemu, Bosan! Bukak tipon layan video youtube, facebook sampai terlena, Then terjaga dan lena balik, Macam tu la seterusnya 'tidoq dan lena'.Aku tak berapa nak suka sangat layan lena ni sebab lebih suka buat sesuatu tapi apa daya? Kaki dok sakit lagi.Dah dekat 10 hari macam ni, Buang masa.Keja aku semua terpaksa dihentikan, Ikut hati nak ja aku bangun dan buat semua keja aku macam biasa, Alahai..Tapi aku rasa saat terlena tadi aku bermimpi, Jumpa arwah² partner tempat keja dulu masa kat hotel oriental.Jumpa arwah abang Aznan, Abang Nasri, Sempat menyembang, Melepak dan keluaq jalan² santai tapi sat ja, Dok rasa macam betoi rupanya mimpi, Sebab selama aku keja kat hotel oriental tu, Manusia yang aku rasa paling selesa nak buat keja sekali depa dua ni ja.Senang, Tak banyak cakap.Dah tu masa buat keja boleh buat lawak, Gelak², Tak la stress sangat.Seronok keja dengan depa dua ni.Otak gila², Terutama sekali arwah abang nan.Walaupun dari mata manusia lain, Dia macam putuih wayer kepala sikit sebab kadang cakap sorang², Nyanyi sorang².Bagi aku dia paling cool.Staf hotel gelarkan dia 'Chicago' sebab cara dia santai.Kadang usung gitar mai tempat keja, Kena maki dengan supervisor tapi dia still gelak² dan senyum.Arwah abg nan ni memang susah kalau nak tengok dia marah, Sebab dia sentiasa senyum meskipun sorang².Aku pun pernah jugak nak marah tapi dari nak marah aku gelak sebab karenah arwah abg nan ni sentiasa bagi aku gelak.Moga ruh abang nan dan abang nasri dicucuri rahmatNya, Rehatlah, Kelak saya pulak akan menyusul.
-Al Fatihah