Sakit kat kaki ni masih dok rasa ditambah pulak dengan demam yang masih belum kebah, Makan nasik pun tak dak rasa apa lagi bila aku merokok? Rasa hebiaq lidah dan tekak.Awal siang tadi mak aku mai ziarah tengok keadaan aku, Sebab memandangkan raya haji yang biasanya memang aku akan balik rumah mak cuma kali ni keadaan tak izin asbab kesihatan aku.Rasa bersalah memang ada sebab aku dah susahkan mak tapi apa daya? Dah sakit hanya terlentang, Tak boleh nak bangun lagi buat masa ni.Mak bawak rendang, Ketupat dan ayam masak merah buat santapan aku dan sempat mak bagi kata² semangat dan doa agar aku cepat sembuh, Insya'Allah.Sedih dan sebak dibuatnya sebab tak dapat nak balik kampung, Sendu sampai aku terlena balik dah tak sedaq apa dah.Tengah malam ni aku terjaga sebab bising kat luaq rumah dek bebudak moto yang dok koyak minyak berlumba kat depan jalan.Stress dibuatnya, Bila dah terbangun ni mula la melayan sakit, Bila dok melayan rasa sakit ni mula la otak dok memusing, Dok pikiaq keja² aku yang dok tertangguh.Apa aku nak buat? Bila dah lama tinggai semua keja, Mula la rasa malas nak selak balik dah tu dok pikiaq nak cari makan cara lain pulak tapi apa..? Allah hai, Buntu dan keliru, Otak dah mula jalan.Mula dah pikiaq benda² yang tak patut aku pikiaq, Dok rasa macam aku kena buat balik trading? Atau nak teruskan dengan projek android tu? Aku dah tak boleh nak pikiaq sangat sekarang ni, Better aku fokus dulu kesihatan.Rezeki Allah ada ja untuk aku, Hanya kena sabar dan bijak dalam buat keputusan.