Kasih Seekor Ibu Gajah

Hari ni,Satu malaya berduka sebab dah viral berita anak gajah yg d'langgar lori.Dalam facebook aku,Bila scroll newsfeed,Memang kisah dan cerita pasai ibu gajah dan anak dia saja.Komen?Ya,Secara total mmg ramai yg aku tgk sedih dan sebak,Meskipun dia seekor 'binatang',Tapi ada sifat keibuan,Bukan saja pada gajah tapi semua binatang sama ada sifat tu.Itulah kisahnya hari ni dalam berita 'Anak Gajah Maut Dilanggar Lori',Aku yg baca pun sebak bercampur marah tapi apa daya?Takdir dah anak gajah tu nak kena langgar,Ya Allah..Memang sebak tgk ibu gajah tu pusing pi pusing mai keliling lori tu sebab anak dia dah terperosok bawah lori! Dah la mak gajah tu usaha tolak lori tu hanya nak selamatkan anak dia yang dah tak bernyawa lagi bawah lori tu, Rescuer yg turun padang pun masing² jadi sebak tgk 'live' kelaku mak gajah tu,Dia tak mau nak berganjak dari depan lori tu.Ang boleh bayangkan tak????Mundar mandir seolah meracau,Nak minta tolong kat manusia yg dok ada kat situ supaya keluarkan anak dia! Allah,Sebak dalam dada ni,Memang sangat terasa meskipun aku tak ada kat tempat kejadian,Aku boleh rasa..Boleh rasa! Itu baru kisah binatang dgn anak dia,Kalau manusia?Aku tak kuat nak hadap,Moga Allah kuatkan semangat aku untuk berhadapan dgn dunia yg semakin gila jadinya ni.Berita lanjut pasai mak gajah tu boleh baca kat sini.

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama