Manusia Dan Pertikaiannya

Allah SWT FirmanNYA dalam surah Al Kahf:
"Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia,
Dari segala jenis contoh bandingan dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya."
-Ayat 54

Inilah kita,Manusia.Pasti ada saja tak kena.Itu buat tak kena,Ini buat tak kena.Bila buat elok pun org tak suka,Buat tak elok pun org keji.Mana satu nak ikut?Bukan mudah sebenarnya nak puaskan 'hati' manusia ni.Sifat 'Qanaah' itu perlu ada,Sebab tu WAJIB berilmu.Kata dungu bukan dia tak pernah bersekolah,Semua manusia bersekolah sedangkan yg tak bernasib baik tak ke sekolah pun dah terlebih 'bijaknya'.Dunia,Oh dunia.Semakin padat dgn manusia² yg tak reti bersyukur dah.Bila d'beri sesuatu tak kiralah apa benda,Dapat banyak dia jadi semakin tamak,Dapat sikit dia 'komplen'.Rasa cukupnya mana?Entah la,Aku jadi binggung dah skrg.Makin menjadi² skrg,Hari² aku hadap manusia yg berpenyakit hati ni.Tiap hari,Sampai aku pun dah naik jemu nak hadap apa lagi nak layan.Aku buat tak reti pun kena 'attack' jugak.Tetap nak cari hal dgn aku.Kerana apa..?Inilah yg aku hairan sgt.

Apa ceritanya?Hanya kerana 'edit gambar'.Aku cari makan dgn jalan ni.Allah buka peluang utk aku cari rezeki yg halal dgn sedikit bakat dan anugerah yg d'pinjamkanNya utk aku.Hari² aku akan buat kerja edit demi sesuap nasik,Letih mata dan otak hadap komputer ni hampir 24 jam sehari kecuali jumaat,Demi nak pastikan tiap gambar yg pelanggan tempah tu berkualiti.Walaupun skrg ni era 'AI' yg nampaknya makin ramai mampu buat sendiri dgn mudah.Generate & Swap,Settle.'Competitor'?Itu sentiasa akan ada,Rezeki masing² asbab yg memberi itu DIA,Tapi aku masih duduk d'mana aku ada yakni aku tak berapa suka guna 'AI' kecuali dalam koleksi peribadi aku atau permintaan pelanggan.Aku lebih memilih kadar 'manual' dalam mengedit sbb kalau guna 'AI' ni mmg jahanam hasil kerja aku.


Banyak sebenarnya yg 'memuji' hasil kerja,Bukan satu,Bukan dua.Tapi aku tak mau ada
sikap bangga diri.Tiap pujian yg d'terima buat aku jadi takut.Benda boleh buat aku lupa diri sekaligus aku boleh mendabik dada.Adalah lebih elok aku diamkan saja asbab aku tahu 'mata ain' sentiasa memerhati.Bukan tak pernah kena dan bukan sekali dua dah 'kena'.Punca segala kepala seperti aku kata "hanya kerana edit".Kebiasaan memang aku akan buat pemilihan utk edit secara percuma dalam grup muka buku tu,Maka pada siapa yg bertuah tu rezeki dia.Ada jugak yg direct mesej aku dan minta edit.Aku dah cakap berkali² JANGAN PM jika tak mahu bayar sebab aku buat servis edit secara percuma hanya 3 gambar sehari dan selebihnya melalui khidmat pribadi akan d'kenakan bayaran 'upah' sebanyak RM25 sahaja.Itu pun d'makinya aku apalagi mempertikaikan padahal aku dah tulis NOTA BESAR² DAN PIN atas profil muka buku,Malangnya masih ramai yg serbu tiang tanpa BACA.Bila aku reply dan minta bayaran,D'katanya aku 'scam' nak menipu,Pertikai aku konon dalam grup kenapa aku boleh buat percuma saja?Kenapa dalam mesej kena caj?Bukankah sama saja katanya.Aku terdiam dan dah tak tahu nak jawab apa.Mungkin depa ni tak tau kot yg aku sendiri pun BAYAR dgn barang² dan alat utk mengedit ni secara bulanan.Jadi yg mana yg banyak bunyi ni aku abaikan saja.Agak terkilan jugak sebenarnya.Ingatkan cerita dah habis situ,Tapi berlarutan sampai ada yg 'boikot' aku dan cubaan 'sabotaj' aku jugak dah berkali.Hanya pada Allah aku berlindung,Selagi dunia masih ada cahaya,Manusia yg berpenyakit ni akan tetap ada hingga kiamat.

Bab dengki khianat ni dah sebati pun dalam semua masyarakat.Paling kejinya org melayu,Kenapa org melayu?Kalau india main tetak menetak,Kalau cina tembak mati,Melayu guna 'bomoh'.Paling keji bagi aku asbab guna 'iblis' dlm nak buat kerja menjatuhkan atau mematikan manusia lain.Allah dah larang mat,Jangan kawan dgn setan,Kelak mendapat mati katak,D'himpit kubur,Satu sen tak guna.Sekarang saat hidup boleh la buat sesuka hati.Menyantau sana,Menyantau sini.Mati esok mendapat 'Smackdown' d'hentam sedalam beribu kaki tanah.Aku dah lali,Dah jemu nak hadap bab ni.Itulah kita..Manusia.Semua serba tak cukup.Bagi satu nak dua,Bagi dua nak tiga.Dah bagi pun dia 'bising',Tak bagi pun dia 'bising'.Aduhai Umat Muhammad...

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama