Duduk Saja Pun Manusia Tak Suka

Entah la, Dah lama sangat aku dok perati sifat dan perangai umat Muhammad ni.Bila kita cakap elok², Lembut² untuk sejukkan hati, Kian menjadi baran dia.Takpa la kita ni dok cuba nak elak benda jadi teruk.Dah org nak bergaduh jugak, Fine with me.Bila buat tak tau pun kena sound jugak.Kita diam pun dia masih dok kata, Lagi sakan punya dok hentam.Dengan maki sindiaq, Cerca bagai.Then nak suruh aku buat apa lagi? Bagi dia muka aku untuk jadikan punching bag agar dia puas hati? Macam tu? Ceritanya aku ni dah 4 kali berpindah randah hanya kerana jiran dan komuniti setempat.Apa yang aku tak hadap? Paling sadis saat angkat barang masuk rumah.Manusia punya la ramai, Sudah la tegoq pun tak mau, Apatah lagi nak bagi salam? Sebaliknya pusing muka dan buat bodo, Dah tu siap sound aku "Baru pindah eh? Tolong jangan basuh rumah ya? Sebab kena rumah saya." Aikk? Rumah aku beb, Mestila kena basuh, Cuci.Nak azankan lagi.Kenapa aku tak boleh cuci rumah yang aku sendiri diami dan bayaq sewa? Dia tuan tanah ka? Atau tuan umah yang aku duduk ni? Aku tak peduli, Aku basuh jugak sebab umah kotoq mat.Dengan lantai pun berkeladak, Berdaki mesti la nak kena cuci mak cik oi.Rumah bertingkat macam ni nak bocoq kot mananya sampai kena umah dia? Aku pun heran.Awai² masuk dah kena sound gini, Maunya buat aku tak selesa.Esok tu mai serang aku, Hantaq nota bagi warning sebab aku dah basahkan rumah dia.Maki aku, Caci aku.Macam ni rupanya komuniti sini menyambut jiran baru? Itu baru jiran bawah.Aku pindah rumah kuaters bertingkat, Dapat pulak tingkat tengah, Yang jiran atas pulak lain cerita.Hari kedua kena ambush plak, Dia ketuk pintu umah serupa nak bagi reban.Katanya nak tengok toilet yang kononnya jadi punya toilet rumah dia tersumbat.Okay, Fine aku bagi masuk dan bagi dia periksa sendiri tandas yang kononnya bagi rumah dia tersumbat, Ternyata bukan rumah aku jadi punca.Dia pun dah termalu, Aku hanya diam dan cakap saya baru dua hari sini tuan berak pun belum lagi ni.Memang macam ni eh jenis manusia sekarang? Serbu orang tak tentu hala? Masa aku pindah masuk, Dah la sekoq pun tak tolong angkat barang, Kot la nak bantu dapat jugak pahala, Sebaliknya semua pakat tengok saja dan pusing muka.Bila mai bab rumah tersumbat la, Bocoq apa bana baru nak mai itu pun cara serang aku membabi buta? Aduhai manusia.Aku tak paham la.Perlu ka buat macam ni?

Aku bela kucing? Ya! Memang aku bela kucing tapi aku kawal semuanya.Tak pernah aku lepaih depa keluaq dari rumah.Semuanya aku kurung dalam sangkaq, Bila nak bagi main melompat atau makan baru aku lepaih keluaq tapi hanya dalam rumah sahaja.Entah kucing sapa yang berak kencing depan pintu rumah aku ni end up aku la jiran pengotoq, Aku tak reti cuci rumah, Kucing aku la yang buat onar, Buat rumah orang lain kotoq.Aku lagi? Bila aku nak cuci umah pun tak bagi padahal bukan kucing aku pun kat luaq tu.Nama aku jugak depa petik.Boleh kata tiap hari jugak aku dok dengaq clear, Jiran bawah ni sedap mengumpat, Aku diam ja, Lantak ang la! Jiran ataih plak serupa takdak adab, Boleh plak dia biaq anak dia turun sampai depan pintu rumah aku pastu terjerit² macam kena histeria.Tak kira time la dia nak melalak.Yang bawah pun satu hal, Yang atas satu hal, Itu tak kira lagi yang lain bila aku keluaq dari umah, Nanti ada ja mata² yang terbeliak punya dok perhati.Aku salah pindah ka atau salah masuk tempat? Bukan kat sini ja yang aku dapat jiran perangai kamjat macam ni.Yang lagi zalim pun ada.Siap baling taik anjing depan umah, Teloq busuk dan mercun dalam halaman umah aku.Hanya pasai aku tegoq kenapa dia park moto dia betoi² depan pintu gate aku.Apa gila deni? Salah aku hanya tegoq dia terus nak taram aku? Heran sungguh, Agaknya itu cara nak selesaikan masalah kot? Aku dah cukup lama simpan kuku sebab aku dah semakin berusia, Bab bergaduh bertumbok bagai ni aku dah lali.Lagipun aku masih waras.Aku dah lalui benda² jahat ni dan dah cuci tangan dari nak hukum orang dengan cara aku.Dulu aku lain, Lani dah lain.Aku nak masuk tanah dah.Untuk apa aku nak tunjuk jahat mendabik ni? Agar org takut dan respect aku? Untuk apa? Dapat apa? Ada manfaat ka dengan cara kejahatan? Cukup hanya dengan merendah diri dan jaga adab.Aihhh..Entah la manusia oi, Jenis aku ni simple.Aku tak suka gaduh².Barangkali orang² kat sini tak suka aku pindah masuk, Jadi aku rasa elok la aku cari tempat lain.Aku beralah sebab aku tak suka nak cari pasai dengan orang.Nak buat tu aku boleh ja, Tapi adalah lebih baik aku diam dan elak benda² gini.Buang masa dan sia² ja bertekak dengan orang.Tak pasai esok lusa aku nak hadap Tuhan apa aku nak jawab? Jika berpindah itu lebih baik maka aku harap Allah mudahkan urusan aku kelak.Insya Allah.


Firman Allah SWT:
وَاعْبُدُوا اللَّـهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا

al-Nisa’:36

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.”


Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama