The Final Day Of October & My Memory

Satu hari suntuk masa d'habiskan dgn batak 'apple' sekerat ni.Tgh perah otak utk 'modify' system dan ubah segala bana.Nak 'jailbreak' saja amek masa berjam² hanya nak pastikan tiada masalah bila dah lepas 'jailbreak'.Itu la sebahagian  kerja 'developer',Tp ini lain sikit sbb suka mengubah sistem apa yg patut atau aku sebut 'Reversed Engineer'.Menda ni aku buat dah lama,Ada minat yg mendalam jugak bab ni.Saat kegemilangan nokia,Masa tu mmg sakan sgt aku mengubah segala bana yg ada dalam sistem perisian (Symbian OS) dia.Modified atau kata ringkas (MOD),Ubah gambar,itu dan ini segalanya la.Ini kerja yg aku buat bila masa terluang atau benda yg aku rasa nak guna.Aku start duduk dgn bebudak 'luar' malaya sejak nokia 'poli',Selalu baca update dan berita 'tech news',Join 'forum' dan study hingga saat kelahiran 'Symbian OS'.
Masa pelancaran 'tipon' nokia 7650,Tahun 2002 tak salah aku.Harga dia?Aihh bole muntah darah jugak la,Aku masih tak mampu nak sapu sebijik so rilek dlu and sambung study tentang 'Symbian OS' ni dalam².Apa kepentingan nak study ni?Bg aku 'unik' dan memandangkan aku ni seorang yg gila 'graphic interface' so guna sambil tgk apa yg perlu utk d'ubah.Sebab utk 'mengubah'?D'antaranya ruang 'iklan' dan 'pop up' benda² yg tak perlu ada,'BLOATWARE' yg bg tipon jd keras kendian 'henggg' 😁Why dia 'heng'?
Dia bengong sbb masa tu masih awal,RAM yg kecik dan 'teras' yg tak berapa nak power lg masa tu.Era tu mana la secanggih skrg kan.So berbalik kenapa aku suka ubah?Itu la sebabnya aku study.Kenapa perlu aku buang benda² yg dah 'pre installed' siap dalam tiap tipon,ni antara sebabnya semak dan makan 'space' lagipun bukan aku guna pun,Terkadang tgk semak plak kat 'homescreen' 😂 Bila cerita bab tipon nokia ni,1st model yg aku beli dgn 3 bulan gaji menabung,Nokia 3200 (Poliponik) ada warna kauuu.Seronok bagai nak rak,Malangnya aku tak sempat nak merasa utk cipta kenangan,Beli waktu siang,Malam kena samun.Ceritanya time balik kerja,Waktu malam dalam 9 - 10 gitu,Tetiba ada la sorang
mamat naik 'moto' ni tahan aku,Berjaket hitam,Muka agak bengis,Minta kad pengenalan aku bagai.Tanpa cakap banyak aku pun bagi ja asbab aku tau dah malam satu hal,Lagipun area bilik sewa aku tu mmg area yg 'tak berapa nak cantik' kawasan dia,Jalan yg berlorong banyak dgn gelapnya lagi.Mamat tu belek 'IC' aku then tanya apa dalam beg yg ada isi kotak tipon aku aku beli tadi,Then dia minta tipon aku sbb nak check klu ada benda² lucah yg aku simpan.Ekk heran aku,Baru beli kot,Lucah mai kot mana setan?Mulanya aku tak mau bagi tapi dia ugut cerita balai sebab tak bagi kerjasama so aku pun bagi la.Dia serah balik 'IC' aku dah mula buka tipon aku sambil dia dah kat atas moto,Sekali dia 'broooommm' cabut.Buat aku terpinga².Sedih,Kecewa,Terkilan..Aihh ntah la.
Aduhai manusia,Tak ada dosa tp cari dosa.Tak ada penyakit,Sengaja cari penyakit.Malam tu jugak aku buat repot tapi hampeh,Aku ke balai berdekatan tp balai ni suruh buat repot kat balai lain.Bila ke balai lain diorg suruh aku ke balai besar 'IPK' pulak.Aku jadi malas dah.So biarkan saja 'penyangak' tu terlepas.Allah ada dan mamat tu esok MATI haa cari la aku eh?Kita 'meeting' kat sana kelak oke bero?Anyway aku pun dah ngantok,Nak lena sebab esok Insya Allah byk lg keja yg aku nak buat bg siap.Mudahan sempat dan ada izinNya.Wallahu'alam


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama