20 Tahun bukan satu perkara yang mudah untuk aku panjat naik dalam bidang grafik ni.Gila punya dok study, Tiap hari praktikal dan nganga depan pc.Belajaq itu dan ini, Buat itu, Buat ini, Reka bentuk bulat, Empat segi, Bujoq bagai.Macam² benda boleh jadi dengan grafik ni.Aku pulak jenis suka cuba buat sesuatu yang baru.Buat benda yang belum pernah orang lain buat, Tapi idea dan kreativiti tu kena aktif dalam kepala otak sebab takut tercopy atau terbuat yang orang lain dah buat, Benda ni memang jadi cabaran sikit jadi sebab tu kena lebih peka dan kreatif.Takut esok² orang claim kata aku copy hasil keja dia.Jangan jadi serupa china, Semua benda dia nak copy ori haha! Tapi aku agak sedih dan terkilan sejak OPEN AI diperkenalkan kepada dunia.Terasa macam segala pembelajaran aku dalam dunia grafik ni jadi sia², Bergelap! Kenapa macam tu? Cuba tengok gambaq keta biru tu, Gambaq tu bukan dari lensa kamera tapi dari AI Generated.Are you serious? You damn right i am.Gambaq tu jugak dari platform MidJourney, Satu platform AI yang generate gambaq ikut suka dan citarasa masing² hanya dengan taip keyboard ja.Ce perhatikan warna dia dan ketajaman dalam gambaq tu.Nampak serupa real dan sebijik sungguh kan? Dan bagi aku, Yang aku suka tengok adalah detail dia.Memang padu.Ang nak gambaq apa? Orang panjat pokok? Ang peluk anak monyet? Taip saja, MJ akan buat semua untuk ang.Senang kan? Dan bukan MJ saja yang boleh generate gambaq macam tu, Dah makin banyak AI platform yang offer generated image dan Ini la yang buat aku terkesan dan tak setuju dengan developer yang buat benda gila ni sebenarnya, But aku boleh buat apa? Dunia dah move on jauh ke depan dengan teknologi yang makin hari makin gila dan di luaq jangkaan otak! Esok lusa apa pulak? Nak tanam mayat atas langit? Nak kempiskan bulan? Nak bagi bumi flat? Ada ja otak² manusia banyak duit yang gila idea macam ni. Wallahu'alam.
But aku tak boleh terus mengalah dengan benda ni, Walaupun AI
ni dah boleh buat dan cipta satu gambaq yang betoi² nampak macam asli dan original, That doesn't mean benda tu perfect.That thing is a machine, Which manusia jugak yang ciptakan so tiap benda yang manusia buat, Pasti ada dia punya PROS & CONS.Misalnya kelebihan MJ ni image dia nampak sebijik² sah macam gambaq biasa.Tapi mesti ada cacat cela macam jari terlebih satu, Tangan kat atas kepala, Kaki sebelah hilang, Mata juling kot lain bagai.Itu contoh error dalam tiap AI Generated Image dan memang semua akan macam tu, Bukan MJ saja yang akan ada gambaq oku gitu.Aku pun tak terlepas peluang untuk nak terai jugak, Jadi aku cuba buat gambaq wanita tua bertudung tapi dia bagi santa claus! pala otak.Kesimpulan dia, Aku tak perlu nak risau gelabah bagai, Anggap saja ini cabaran dan accept it! The 20 Year Experience vs The AI, Aku lebih enjoy manual editing berbanding auto so be that way.Insya'Allah aku akan terus berjuang atas nama seni dan bukan tekan keybod dan terus jadi instant artist.
-Creativity Runs In My Blood, I'm A Naturally Gifted Visual Artist!