New Toy

Rezeki aku, Dapat beli sebijik ipong 7 plus 2nd hand, Alhamdulillah! Dok qunaih dari petang tadi sebab teruja sangat.Serupa orang jakun tak pernah tengok tipon, Aku dengan benda² macam ni memang tak boleh nak pi jauh.Sat² ada ja benda yang aku akan buat, Tangan McGyver ni susah.Apa benda dia tak pomen? Aku suka belajaq, Sebab tu aku akan cuba buat benda² merapu.Banyak sangat benda yang aku akan study, Macam biasa yang aku penah buat dulu.Bila dah pegang ja benda² macam ni, Mula aa..Dari era nokia tok kaduk sampai ke iphone ni, Abeh semua luaq dalam aku qunaih.Yang bestnya benda ni sebab UI dia, Widget, Icon set dan macam² la.Banyak perkara yang ang boleh buat dengan tipon² moden ni.Aku ni bukan takat nak guna mesej dan helo ja, Tapi lebih dari tu.Sebelum ni aku penah guna iphone 5's, Tapi hayat dia tak lama dengan aku sebab tipon hilang.Frust oi, Sapa tak meraung? Hari ni ada rezeki, Aku beli yang up sikit hihi.Walau model ni agak ketinggalan tapi masih ada lagi benda yang aku nak belajaq tentang ios ni.

Tak salah rasanya aku beli untuk belajaq, Nak tambah knowledge untuk dikemudian hari.Misalnya kalau tetiba dia buat hal, Aku dah tau cara nak handle dan tengok apa yang tak kena.Malah aku boleh jugak buat benda ni sebagai mata pencarian aku, Ya dak? Sebenarnya kan, Aku ni dok berkenan kat iphone X tu sebab suka sangat dengan design body dia, But mahai sangat walaupun 2nd hand.Itu yang aku decide amek iphone 7 dulu, Takpa la ini pun dah kira cukup dah at least merasa jugak kan? Ada rezeki, Insya'Allah aku akan beli nanti.Bila aku dah minat satu benda tu, Memang aku sanggup ikat perut bukan semata kerana benda tu semata², Tapi knowledge! Ok la, Nak spent time sat dengan my new toy ni..

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama