Outing Masa Pandemik

Siang tadi punya cerita, Isteri ajaq keluaq melilau sat sebab nak beli barang dapoq.Aku pun apa lagi, Ni la masanya aku amek kesempatan nak pi kedai pc sekali, Saja nak cuci mata dengan benda² macam tu, Ni la aku, Lain takdak.Lagipun dah lama tak keluaq sebab lockdown kan.Aku pun risau jugak sebab aku tak amek dos vaksin bagai.Tawakal ja, Allah ada dan jalan terus.Melilau la kami dua ni satu mall, Sat naik, Sat turun.Tak banyak kedai yang bukak, Kelibat manusia pun tak berapa nak ramai mana.Kalau ada area yang crowded memang aku dan isteri kena elak, Benda boleh jadi punca.Kena hati² lani.Kami pun bukan pi mana sangat, Pusing sat tengok keadaan, Tengok kedai, Beli barang dan balik, Itu ja.Aku dan otak aku ni pulak bukan boleh berhenti pikiaq, Masa dok jalan² dengan bini pun kepala dok spin pikiaq macam² benda.Tau la benda bukan dari bidang aku dan aku tak layak langsung nak hukum sapa² cuma, Firasat aku pasai bab virus ni ja.Aku rasa benda ni man made, Aku tak tau la apa yang buat aku pikiaq dalam² pasai bab ni.Memang ikut hati aku boleh rasa benda yang jadi ni disengajakan, Tapi pasai apa? Ce bagi sebab? Mesti ada pertikaian.Itu tak payah habaq la, Aku pun naik cemuih nak layan.Teori konspirasi la, Anti vax la, Apa la.Kalau aku ni anti vax sekali pun, Ini jasad aku dan aku ada hak pertahankan! Suka suki ja nak bagi orang cucuk badan aku yang apa benda ka depa buboh dalam vaksin tu kita mana tau.Depa proses benda tu kat luaq negara, Kita tau ka apa dia boh dalam tu? Aku ni jenis pikiaq dalam.Walaupun KERAjaan kata selamat tapi bagi aku tak!

Walaupun ada laporan konon orang yang dah amek vaksin pun mati dan ada jugak yang habaq konon kena side effect, Aku tak pasti apa kesan sampingan tu.Tapi itu pun ada jugak pihak cuba nak tutup cerita.Takpa la, Kita tengok ja la apa akan jadi nanti.Allah tau apa cerita, Sedangkan kita ni tak tau langsung apa², Better diam saja dari nak pertikai debat bagai.Aku pun dah penat dengan benda ni semua, Masing² nak menang, Masing² ada dia punya hujah tapi ni sampai nak hamput dan maki orang lain hanya sebab vaksin? Uihh, Satu benda ja aku nak habaq bagi.Jangan tanya kenapa DIA bagi bala kalau umat manusia tak melampau lawan hukum DIA, Ok?

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama